Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Ekonomi

400 peserta dijangka sertai SKFMKI 2024

today24 May 2024

Background


PETALING JAYA – Koperasi Muslimin Malaysia Berhad (KMMB) dan Persatuan Ulama Malaysia telah bekerjasama dengan Fakulti Pengurusan dan Muamalah, Universiti Islam Selangor (UIS) bakal menganjurkan Seminar Kebangsaan Fiqh Muamalat dan Kewangan Islam (SKFMKI 2024).

Bertemakan Kelesta­rian Kewangan dan Kesejahteraan Ekonomi Ummah, seminar itu akan berlangsung Sabtu ini di UIS.

Ahli Lembaga KMMB, Ahmad Tarmizi Husain berkata, seramai 400 orang dijangka menyertai program tersebut.

Menurut beliau, seminar tersebut akan menjurus kepada perbahasan dan perkongsian ilmu dalam menjana serta memperkasa sistem ekonomi Islam secara mapan dan bersepadu selaras dengan prinsip syariah yang meliputi transaksi seperti jual beli, sewa, gadaian, hutang, upah serta instrumen kewangan seperti sukuk.

“Ia bakal disampaikan oleh pakar dan ahli akademik serta mereka yang terlibat secara langsung dalam pasaran kewa­ngan dan antarabangsa,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Selain…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: KOSMO!


Previous post