Berdasarkan artikel daripada Berita Harian,

Adakah kita yang tidak cekap dalam menangani stres di tempat kerja atau kita memang terbeban dengan kerja di pejabat?
Pagi On Point, Haiza dan Muaz ada membincangkan topik menjaga kesihatan mental di tempat kerja. Salah seorang pendengar Kool 101 yang menghubungi Haiza dan Muaz untuk berkongsikan pengalamannya ialah Syahirah, yang merupakan seorang pesakit anxiety and major depressive disorder. Beliau berkongsikan kisah dimana beliau didiagnos penyakit itu ketika bekerja selama 3 tahun di sebuah syarikat korporat. Syahirah yang komited dalam kerjayanya, memulakan perjalanan seawal jam 5.30 pagi dari Sepang untuk ke tempat kerja di Kuala Lumpur dan hanya akan bertolak pulang dari tempat kerja jam 10 malam, dan ada kalanya akan pulang jam 3 pagi.
Anxiety merupakan masalah kecelaruan keresahan, manakala major depressive disorder ialah penyakit kemurungan yang melampau.
View this post on Instagram
Pada Januari awal tahun ini, Syahirah mengalami major depressive disorder yang menyebabkannya berkurung selama 45 hari di dalam bilik dan hanya keluar untuk pergi dan balik kerja sahaja. Selama lebih dari sebulan itu, Syahirah langsung tidak berjumpa dengan anak-anaknya dan segala urusan berkaitan mereka diuruskan oleh suaminya sendiri.
Syahirah sedar situasi sukar itu perlu diatasinya setelah berjumpa dengan rakan baik yang menasihatinya untuk berubah dan berkata syarikat boleh menggantikan tempat seseorang itu pada bila-bila masa jika suatu hari nanti ada pekerja yang meninggal dunia.
“Family first, kesihatan pun nombor 1”
Itu antara nasihat yang diberikan oleh rakan baik Syahirah, membuatkan Syahirah terdetik untuk mengubah cara hidupnya. Syahirah mengambil keputusan untuk mengikuti kelas tadabbur Al-Quran dan berkesempatan untuk tadabbur Surah Yusuf. Surah ini mengajar kita cara untuk mengatasi rasa sedih dan kecewa.

Sumber : Harian Metro
Kini beliau sudah ada mindset baru, jika tidak dapat menghabiskan kerjanya pada hari ini, kerja itu akan disambung pada hari esok. Syahirah belajar untuk menyiapkan kerja setakat yang termampu sahaja. Syahirah berkata, beliau sering sahaja available untuk majikannya di pejabat, menjurus kepada dirinya diambil kesempatan. Katanya, dalam pada kita semua yang ingin menjadi people pleaser (iaitu seseorang yang selalu berusaha untuk menyenangkan orang lain walaupun terpaksa mengorbankan dirinya sendiri tidak kira daripada segi masa dan juga tenaga), namun ada kalanya kita perlu juga untuk katakan tidak.
Tekanan mental di tempat kerja turut mengakibatkan Syahirah tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anaknya, dan lebih menyedihkan apabila anak keduanya mengalami masalah speech delay (kelewatan dalam keupayaan seorang kanak-kanak itu untuk bercakap). Namun Syahirah bersyukur mempunyai suami yang sangat supportive, yang sentiasa memberikan kata-kata semangat untuk Syahirah bangkit daripada masalah kemurungan yang dihadapinya dan menjadi tulang belakang dalam menguruskan anak-anak.
Dengarkan perbualan penuh di Koolcast melalui aplikasi Audio+
Adakah anda menghadapi situasi yang sama seperti Syahirah? Jom kita lihat, apa yang kita boleh lakukan untuk menangani tekanan mental di tempat kerja.
- Learn how to say no
Kerja dah siap, tetapi majikan tetap call di luar waktu bekerja untuk siapkan tugasan lain pula? Jika ia bukan emergency atau tidak perlukan perhatian segera, tak salah jika kita tolak cara baik dan beritahu boss kita boleh sambung tugasan itu esok di pejabat.
- Bekerja dan berehat mengikut waktu
Janganlah mengerah tenaga sehingga ada yang rela skip lunch dan masa tidur untuk mengejar deadline. Gunakan waktu bekerja sebaiknya untuk menyiapkan kerja dan berehat lah secukupnya setelah habis waktu bekerja. Kerja yang produktif hadir daripada individu yang mempunyai tidur yang cukup.
- Merehatkan minda
Amalkan senaman pernafasan dan relaksasi otot untuk kekal tenang dalam menghadapi sebarang situasi di tempat kerja. Beruntungnya bagi yang beragama Islam pula, kita dapat jadikan waktu solat itu untuk kita berserah sepenuhnya kepada Allah SWT dan lupakan seketika soal kerja, sekaligus dapat menenangkan hati dan juga minda.
Sumber : Berita Harian, MKN