Manchester United secara rasmi telah memecat pengurus, Erik ten Hag, apabila prestasi kelab di Old Trafford itu merosot sehingga menduduki tangga ke-14 selepas sembilan perlawanan.
Jawatan itu kembali kosong dan membuka peluang kepada jurulatih baharu untuk mencuba nasib dalam pekerjaan yang paling sukar di Liga Perdana Inggeris (EPL).
Baca Juga:
Sejak Alex Ferguson berundur pada 2013, juara Inggeris 20 kali itu tidak memenangi kejuaraan liga walaupun beberapa nama besar seperti Louis van Gaal dan Jose Mourinho telah mengambil alih.
Agensi berita antarabangsa, Reuters menyenaraikan lima calon yang sesuai untuk menggantikan tempat Ten Hag berdasarkan pengalaman dan kejayaan mereka dalam karier bola sepak.
Ruben Amorim
Pengendali kelab Portugal, Sporting Lisbon muncul antara calon utama menggantikan Ten Hag selepas United membuka rundingan dengan juara Liga Primeira itu untuk khidmat bekas pemain Benfica berusia 39 tahun itu, lapor Sky…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: