Site icon Kool FM

5 Drama Korea November Harus Tonton

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih on, jadi selain disarankan bekerja dari rumah kita nak berjalan makan angin weekend nanti pun tak boleh.. Apa aktiviti boleh buat? Jom layan drama! Kali ini kami akan kongsikan 5 drama Korea (Kdrama) yang mungkin tarik perhatian anda untuk tonton bersama keluarga hujung minggu ini.

Asyik layan drama Melayu atau drama mat salleh je.. Kita tukar angin tengok Kdrama pula apa salahnya betul tak? Untung-untung dapat belajar bahasa Korea free! Untuk anda yang baru sahaja mula layan Kdrama, jangan risau.. drama yang akan dikongsi di bawah mungkin mudah untuk anda layan.

Ini antara 5 Kdrama bulan November harus tonton:

Start-Up

Start-Up merupakan salah satu Kdrama yang sangat dinantikan oleh Kdrama lover untuk tahun 2020. Hal ini disebabkan pilihan pelakon yang menarik iaitu Suzy dan Nam JooHyuk. Drama 16 episode ini ditayangkan di TvN dan Netflix. Ia menceritakan tentang sekumpulan anak muda berimpian tinggi dan mula bekerja di Korean Silicon Valley. Drama ini dikatakan bukan drama cinta klise yang selalu kita tengok.

Tale of the Nine-Tailed

Tale of the Nine-Tailed ialah tentang gumiho (makhluk fantasi kepercayaan orang Korea) yang bergelut menjaga dunia nyata dan fantasi. Lakonan Lee Dong Wook sebagai gumiho memberi impak yang positif sebab rata-rata yang menonton drama ini menyatakan Lee Dong Wook sangat menjiwa wataknya. Drama 16 episode ini disiarkan di TvN setiap hari Rabu dan Khamis 10.30 malam.

Live On

Live On mengisahkan tentang seorang remaja perempuan cantik menerima ugutan di sekolah. Seseorang telah mengugutnya untuk bongkarkan rahsianya. Drama lakonan Jung Da Bin dan Hwang Min Hyun akan ditayangkan bermula 17 November 2020, Selasa 09.30 malam di JTBC.

Birthcare Center

Mak-mak mungkin boleh relate dengan drama ini! Birthcare Center menceritakan tentang bagaimana wanita membahagi masa untuk kerjaya dan penjagaan diri. Ia juga lebih menekankan tentang perbezaan dalam setiap cabaran yang dihadapi oleh wanita mengandung dan bergelar ibu. Drama ini mula ditayangkan pada 2 November 2020, setiap Isnin dan Selasa di TvN.

Awaken

Siapa yang minat drama misteri mungkin akan suka Kdrama ini. Lakonan Nam Goong Min dan Seolhyun mengisahkan tentang satu kejadian misteri telah berlaku di sebuah kampung 28 tahun lalu berlaku lagi di masa kini. Drama ini bakal ditayangkan pada 30 November 2020, setiap Isnin dan Selasa, 09.30 malam di TvN.

Kalau ada yang sudah mula layan salah satu Kdrama ini mungkin boleh kongsikan pendapat anda tentang drama yang ditonton. Selamat menonton!

 

Baca juga artikel menarik lain:

Perkara² Yang Nampak Biasa Tetapi Haram Di Korea Utara

Pasangan Ini Buat Pre-Wedding Photoshoot Ala K-Drama ‘Crash Landing On You’. Cantiknya!

 

 

Sumber: HelloKpop, InkiStyle

Exit mobile version