
Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel kedengaran mudah, tetapi masih ramai yang keliru tentang cara ia berfungsi.
Lebih-lebih lagi apabila pelbagai andaian mengenai subsidi diesel dan kelayakan BUDI MADANI terus muncul di media sosial. Ada yang menyangka kelayakan akan dipotong, geran kenderaan akan bertukar nama atau penerima akan mendapat tambahan liter baharu.
Sebenarnya, ada beberapa perkara penting yang perlu difahami supaya tak tersalah anggap tentang pelaksanaan subsidi bersasar ini.
Jadi, sebelum percaya bulat-bulat apa yang dikongsikan di media sosial, ini lima perkara mengenai Pemindahan Kelayakan BUDI Diesel yang korang perlu tahu.
Pemindahan kelayakan bukan bermaksud penerima mendapat tambahan liter di luar kelayakan yang ditetapkan.
Sebaliknya, penerima yang diluluskan akan mendapat kelayakan bulanan sendiri berdasarkan kenderaan yang ditetapkan kepadanya. Setiap penerima akan dapat 300 liter sebulan. Bagi pengguna jip dan pikap, pemilik berdaftar boleh memohon 100 liter…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: