Padawan: Lima warga Indonesia ditahan dalam serbuan di sebuah rumah dua tingkat di Jalan Ensing, Batu Kawa di sini, hari ini selepas disyaki menjalankan pusat panggilan perjudian dalam talian.
Ketua Polis Daerah Padawan Superintendan Aidil Bolhassan berkata, mereka itu yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita berusia dalam lingkungan 17 hingga 35 tahun.
Menurutnya, dalam serbuan oleh Task Force Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan pada 3.15 petang, kesemua suspek sedang bekerja…