Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

5 Risiko Bila Artis Terlalu Mengejar Trend & Apa Yang Viral

today17 September 2026

Background
Artis Patut Ikut Trend Atau Cipta Trend Sendiri? 5 Risiko Bila Terlalu Mengejar Apa Yang Viral


Dalam era trend di TikTok, Reels dan Shorts, kejayaan sesebuah lagu kadangkala boleh bermula hanya dengan beberapa saat.

Laporan TikTok bersama Luminate mendapati 84 peratus lagu yang memasuki Billboard Global 200 sepanjang 2024 terlebih dahulu melalui tempoh engagement tinggi atau viral di TikTok. Data itu menunjukkan betapa besarnya peranan platform video pendek dalam penemuan muzik hari ini.

Malaysia juga tidak terkecuali. Daripada Alamak Raya Lagi oleh De Fam, Angkat oleh Mimi Fly sehinggalah Cak Cak Cekuk nyanyian Wani Kayrie, media sosial kini boleh membantu sesebuah karya bergerak jauh lebih pantas daripada kaedah promosi tradisional.

Namun apabila hampir semua orang mahu masuk FYP, timbul persoalan lain, perlukah artis sentiasa mengejar trend atau lebih penting mencipta identiti sehingga orang lain pula mahu mengikut mereka?

Artikel Berkaitan: Trending Hari Ini, Dilupa Esok? Bila Lagu ‘Viral’ Jadi Mata Wang Baharu Industri Hiburan, Adakah Nilai Sebenar Karya Semakin…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aqilah Paharuzi


Previous post