Setelah hampir lima tahun menutup sempadannya akibat pandemik Covid-19, Korea Utara kini bersedia untuk membuka semula pintu pelancongan kepada warga asing, lapor BBC.
Mulai Disember 2024, negara yang sering dipandang misteri ini akan kembali menerima kunjungan dari warga asing dari pelbagai negara.
Menurut dua pengendali pelancongan utama yang menyediakan khidmat perjalanan ke Korea Utara, Koryo Tours dan KTG Tours, mereka telah menerima maklumat daripada rakan kongsi mereka di Korea Utara mengenai perancangan pembukaan semula pelancongan ini.
Pada peringkat awal, kawasan pelancongan akan dibuka di Samjiyon, sebuah bandar yang terletak berhampiran sempadan dengan China, sebelum diperluaskan ke wilayah lain di negara tersebut.
Koryo Tours dalam satu kenyataan menyebutkan bahawa perjalanan pertama ke Samjiyon akan bermula pada musim sejuk ini.
KTG Tours juga mengumumkan di media sosial bahawa pengunjung akan dapat mula melawat Samjiyon pada musim…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: