Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

5 Warga Pakistan Terima Penghargaan Selamatkan Mangsa Tragedi Putra Heights

today10 April 2025

Background
5 Warga Pakistan Terima Penghargaan Selamatkan Mangsa Tragedi Putra Heights


Lima warga Pakistan yang berani meredah sungai untuk membantu penduduk terjejas akibat tragedi Putra Heights, Subang Jaya menerima penghargaan rasmi daripada Kedutaan Pakistan di Malaysia.

Kelima-lima mereka — Khaista Nawab, 50, Bakht Munir, 37, Amir Nawab, 47, Rafiq Ullah, 25, dan Jaafar Ali, 40 — telah dipanggil untuk menerima sijil penghargaan yang disampaikan oleh wakil Pesuruhjaya Tinggi Pakistan ke Malaysia dalam satu majlis di kedutaan negara itu, semalam, petik Harian Metro.

Baca Juga:

Khaista berkata, dia dan rakan-rakannya sama sekali tidak menyangka bahawa bantuan spontan yang diberikan akan mendapat pujian serta pengiktirafan, kerana mereka melakukannya dengan ikhlas semata-mata untuk membantu mereka yang sedang dalam kesusahan.

5 Warga Pakistan Terima Penghargaan Selamatkan Mangsa Tragedi Putra Heights
Sumber Gambar: BERNAMA

“Kami bantu kerana itu yang patut dilakukan sebagai manusia, bukan untuk habuan. Bila lihat penduduk di seberang sungai panik, kami tahu kami perlu lakukan sesuatu,” katanya di sini…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post