PETALING JAYA – Grab Malaysia dengan kerjasama Yayasan Tunku Abdul Rahman (YTAR) menganugerahkan biasiswa sulung GrabScholar kepada enam pelajar berpotensi tinggi bagi mengikuti pengajian peringkat ijazah sarjana muda di seluruh negara.
Biasiswa berkenaan memfokuskan kepada pelajar berlatarkan keluarga yang kurang berkemampuan sekali gus memberi mereka peluang untuk meningkatkan status sosio-ekonomi menerusi pendidikan.
Kesemua penerima menerima sokongan kewangan meliputi yuran universiti, elaun bulanan dan tahunan, serta elaun sekali (one-off) bagi menampung perbelanjaan lain seperti pembelian komputer riba, kos tesis, dan pakaian formal, termasuk tiket penerbangan.
GrabScholar telah dilancarkan pada Julai 2024 bertujuan menyediakan sokongan kewangan dan bimbingan untuk membantu pelajar mengejar impian akademik serta kerjaya pilihan mereka khususnya dalam bidang kelestarian, perniagaan dan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di semua universiti awam seluruh…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: