
Dalam satu operasi besar-besaran yang dijalankan secara rentas sempadan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya melumpuhkan rangkaian jenayah seksual kanak-kanak dalam talian menerusi Op Cyber Guardian.
Apa yang lebih mengejutkan, operasi itu menyaksikan seramai 69 individu ditahan, termasuk penjawat awam, selain penemuan 498,690 fail digital yang disimpan dalam pelbagai peranti.
Daripada jumlah tersebut, 204,934 fail dikenal pasti sebagai bahan penderaan seksual kanak-kanak.
Operasi bersepadu ini melibatkan kerjasama tujuh negara iaitu Malaysia, Singapura, Thailand, Brunei, Hong Kong, Korea Selatan dan Jepun.
“Operasi ini dilaksanakan dalam tempoh yang dipersetujui bersama oleh semua negara iaitu bermula pada 23 Mac hingga 17 April lalu.
“Perlaksanaan serentak di Malaysia dari 6 hingga 8 April lalu mensasarkan 101 individu di seluruh 14 kontinjen negara,” jelas Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.
Pihak polis menyasarkan 101 individu…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
