Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

7 Lelaki, Seorang Wanita Ditahan Polis Untuk Bantu Siasatan

today22 April 2025

Background


Lapan individu, termasuk tujuh lelaki dan seorang wanita, kini ditahan polis sejak semalam untuk membantu siasatan berhubung kes seorang lelaki yang menjadi mangsa pukul sekumpulan individu di sebuah rumah flat di Plentong pada Jumaat lalu.

Memetik BuletinTV3, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, Ketua Polis Daerah Seri Alam, penangkapan tersebut dilakukan setelah pihak polis menerima laporan daripada mangsa pada hari Sabtu lepas.

Menurut beliau, permohonan reman sedang diuruskan untuk semua individu yang ditahan bagi membolehkan siasatan yang lebih mendalam dilakukan.

Semalam, sebuah video yang menunjukkan seorang lelaki dipukul oleh antara lima hingga tujuh orang di dalam sebuah rumah di tempat kejadian menjadi viral di media sosial.

Akibat insiden tersebut, mangsa mengalami kecederaan dan memerlukan sembilan jahitan, iaitu tiga di bibir kanan dan enam di telinga kiri.

Lelaki berusia 21 tahun itu bekerja sebagai operator di sebuah kilang di…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hizam Jaafar


Previous post

Hiburan Semasa

Tiada lagi yang tanya bila nak kahwin – Amira Othman

Petaling Jaya: “Tiada lagi orang yang tanya bila saya nak kahwin pada sambutan raya kali ini,” kata penyanyi dan pelakon Amira Othman, 32, ketika ditanya sambutan pada single terbaharunya, Bila Nak Kahwin yang dilancarkan tahun ini. © New Straits Times Press (M) Bhd Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today22 April 2025