Menurut laporan Sinar Harian, MetMalaysia memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk diramal melanda lima daerah di Pahang iaitu Kuantan, Pekan, Jerantut, Maran dan Rompin selain Kemaman dan Dungun di Terengganu.
Seluruh negeri Kelantan dan Perlis pula diramal mengalami hujan berterusan tahap waspada dalam tempoh masa sama.
Cuaca itu juga dijangka di Hulu Perak, Perak dan Kedah menjejaskan Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling.
Turut dijangka mengalami cuaca itu ialah Pahang di Cameron Highlands, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera.
Manakala kawasan yang terlibat di Terengganu pula ialah Besut, Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu dan Marang.
Johor pula melibatkan Segamat, Mersing dan Kota Tinggi.
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: