Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

7 Staf Pejabat Tanah Klang Ditahan Berhubung Pemindahan Hak Milik Tanah Secara Haram

today22 January 2025

Background


Tujuh penjawat awam dari Pejabat Tanah Daerah Klang telah ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes pemindahan hak milik tanah secara haram, menurut Pengarah Jabatan Tanah dan Galian Selangor, Datuk Dr. Yusri Zakariah.

Ketika bercakap kepada media selepas melancarkan kenderaan Low Loader dan perbarisan bulanan Bahagian Penguatkuasaan dan Pentadbiran, Yusri mengesahkan bahawa semua yang terlibat telah dipindahkan ke jabatan lain yang tidak berkaitan dengan hal ehwal tanah sementara menunggu siasatan penuh daripada pihak polis.

Yusri menjelaskan bahawa salah laku ini dipercayai berlaku semasa peralihan daripada sistem lama kepada sistem baharu, e-Tanah.

Kes ini dikatakan melibatkan beberapa individu dalaman yang mengambil kesempatan terhadap kelemahan sistem pada masa itu.

“Siasatan dalaman sedang dijalankan, dan kami telah menyerahkan kenyataan, bukti, dan dokumen berkaitan kepada pihak polis untuk membantu siasatan yang sedang berlangsung,”…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Aiman


Previous post