
Seorang pesara kerajaan dianugerahkan ganti rugi sebanyak RM100,000 oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar hari ini selepas kediamannya menjadi sasaran gangguan bola golf sesat selama hampir tujuh tahun, yang memusnahkan harta benda serta menimbulkan ketakutan berterusan kepada keluarganya.
Pesuruhjaya Kehakiman, Aimi Zaini Azhar, memutuskan bahawa pengendali Darulaman Golf Resort, BDB Darulaman Golf & Resort Bhd, dan pemilik tanah padang golf berkenaan, BDB Land Sdn Bhd, bertanggungjawab secara bersama dan berasingan atas kacau ganggu persendirian (private nuisance), petik Free Malaysia Today.
Mahkamah turut memerintahkan kedua-dua defendan mengambil langkah-langkah tambahan bagi menghalang bola golf daripada terus memasuki kawasan rumah mangsa.
Aimi Zaini dalam penghakiman setebal 21 muka surat menegaskan bahawa tinggal berhampiran kawasan lapang hijau sepatutnya memberikan suasana kediaman yang aman dan tenteram, namun pemilik rumah, Nazli Ahmad…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: