Permulaan yang tidak begitu meyakinkan buat kem badminton negara pada aksi hari pertama (pusingan pertama) saingan Terbuka Malaysia 2025 yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Hal ini kerana hanya tiga daripada 10 wakil Malaysia yang beraksi pada hari ini berjaya melangkah ke pusingan kedua.
Baca Juga:
Ia bukanlah satu perkembangan yang diharapkan apatah lagi barisan pemain mendapat sorakan padu ribuan penyokong padu pencinta badminton tanah air.
Selepas lima kekalahan berturut-turut dialami pemain negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei memberikan kelegaan dengan kemenangan pertama pada aksi yang berlangsung di sebelah malam.
Pasangan negara yang merupakan pilihan ketiga kejohanan itu tidak berdepan masalah untuk menundukkan gandingan Chinese Taipei, Wu Hsuan-yi-Yang Chu Yun 21-8, 21-9.
Langkah mereka diiringi gandingan Vivian Hoo-Lim Chiew Sien yang menewaskan Cheng Yu-Pei-Sun Yu Hsing dari Chinese Taipei dengan ‘straight set’ 21-11,…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: