Site icon Kool FM

7 Warga Asing Cedera, 3 Kenderaan Terlibat

Kemalangan Bas Persiaran Di Genting Highlands: 7 Warga Asing Cedera, 3 Kenderaan Terlibat


Seramai tujuh warga asing dilaporkan mengalami kecederaan ringan selepas sebuah bas persiaran yang dinaiki mereka terbalik dalam satu kemalangan membabitkan tiga buah kenderaan di Kilometer 15, Jalan Genting Highlands-Genting Sempah, petang tadi.

Kemalangan yang berlaku kira-kira jam 5.29 petang itu melibatkan dua buah bas persiaran dan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV), petik Buletin TV3.

Menurut Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Salahuddin Isa, pihaknya menggerakkan satu jentera bersama empat anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting Highlands sejurus menerima panggilan kecemasan.

Berdasarkan siasatan awal, perincian mangsa adalah seperti berikut:

Bas Persiaran Pertama: Membawa 35 penumpang warga asing. Tujuh individu cedera ringan, manakala 28 yang lain tidak mengalami sebarang kecederaan.

Bas Persiaran Kedua: Membawa 33 penumpang warga asing. Kesemua penumpang dan pemandu…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version