Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Viral

700 Cawangan KK Mart Bakal Jadi ‘Zon Selamat’ Ketika Kecemasan? Ini Inisiatif Baharu Polis KL

today16 September 2026

Background
700 Cawangan KK Mart Bakal Jadi ‘Zon Selamat’ Ketika Kecemasan? Ini Inisiatif Baharu Polis KL


Polis Kuala Lumpur merancang untuk menjadikan rangkaian kedai serbaneka KK Mart sebagai lokasi perlindungan kecemasan atau Go-To-Safety-Point (GTSP) menerusi kerjasama strategik bagi memperkasakan pemantauan dan pencegahan jenayah di ibu negara.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, kira-kira 700 cawangan KK Mart di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor berpotensi menjadi zon selamat untuk orang awam mendapatkan bantuan kecemasan.

Ini berikutan pengoperasian premis secara 24 jam, persekitaran yang terang, serta sokongan sistem kamera litar tertutup (CCTV) berpusat, petik Berita Harian.

“Kita melihat KK Mart boleh dijadikan safety point (tempat selamat) kepada masyarakat di sekitarnya. Pada masa sama, kita akan tingkatkan kerjasama dari segi rondaan dan pemantauan supaya premis ini menjadi tempat yang selamat untuk orang awam,” katanya.

Beliau menambah, pihak polis turut mengkaji kemungkinan untuk mendapatkan akses terus kepada…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Hazim Jaafar


Previous post