Kool FM

700 PMKS Tempatan Raih Lebih RM28 Juta Di TikTok Shop, Bukti Kuasa Digital Usahawan Malaysia


Kolaborasi antara kerajaan dan platform e-dagang terus membuka peluang kepada usahawan tempatan berkembang dalam ekonomi digital.

Terbaharu, 700 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) tempatan berjaya menjana jualan melebihi RM28 juta di TikTok Shop menerusi inisiatif pemerkasaan digital bersama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

700 PMKS Tempatan Raih Lebih RM28 Juta Di TikTok Shop, Bukti Kuasa Digital Usahawan Malaysia

Menariknya, 74% daripada penjual yang dibimbing merupakan usahawan wanita, sekali gus menunjukkan peranan penting wanita dalam memacu pertumbuhan ekonomi digital negara.

Pengumuman ini dibuat sempena pelancaran TikTok Shop Bazar Raya yang berlangsung di Pusat Konvensyen IOI City Mall Putrajaya, bersempena Ramadan serta sambutan Hari Wanita Antarabangsa.

Program pemerkasaan digital bantu PMKS berkembang

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Steven Sim Chee Keong, penyertaan tinggi usahawan wanita membuktikan keberkesanan usaha memperkasakan ekonomi inklusif melalui kerjasama…

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Exit mobile version