Pelbagai barangan, termasuk kereta mewah milik usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida bakal dilelong pada 30 Oktober ini.
Memetik Harian Metro, jualan berkenaan dilakukan oleh pemiutang, AH Design Communication Sdn Bhd pada Vida.
Baca Juga:
Lelongan itu akan dibuat ekoran Datuk Seri Vida gagal membuat bayaran dengan jumlah sebenar yang tertunggak kepada syarikat subkontraktor AH Design Communication.
Difahamkan lelongan sepatutnya dibuat pada akhir tahun lalu. Bagaimanapun ia ditangguhkan kerana Datuk Seri Vida memberi alasan barangan yang disita adalah barangan pinjaman.
Bagaimanapun mahkamah memutuskan sebaliknya apabila pihak Datuk Seri Vida gagal mengemukakan bukti kukuh.
Memetik portal mStar, acara lelongan itu akan berlangsung di rumah Datuk Seri Vida di Meru Heights, bermula 10.30 pagi, 30 Oktober ini.
…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber:
