Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Sukan

75 Juta Penonton Dari Seluruh Dunia Bakal Menyaksikan Pelancaran Jersi JDT

today15 February 2022

Background




Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini.

VOCKET

Juara bertahan Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan sesuatu yang luar biasa menerusi acara maya pada malam 18 Februari ini dan berpotensi disaksikan oleh lebih 75 juta penonton dari seluruh dunia.

Menurut kenyataan rasmi, jersi baharu JDT Home & Away 2022 bakal dilancarkan pada tarikh tersebut dan mereka turut mengalu-alukan kehadiran para penyokong setia Harimau Selatan untuk menyaksikan secara langsung dari Tempat Letak Kereta Stadium Sultan Ibrahim.

“Kemegahan Harimau Selatan bakal dipertontonkan ke seluruh dunia dengan sesuatu yang lain dari yang lain dan bakal mengubah sejarah bola sepak tempatan.

“JDT akan mencipta satu lagi sejarah dan membuktikan Harimau Selatan berada pada kelas tersendiri pada 18 Februari nanti,” tulis kenyataan rasmi daripada JOHOR Southern Tigers.

Klik untuk baca artikel penuh.

Sumber:

Written by: Sulaiman


Previous post