Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan sembilan kluster baharu berkaitan Covid-19 yang dikenal pasti di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Sabah, Melaka dan Negeri Sembilan.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kluster pertama dikenali sebagai Kluster Seri Lanang yang dikesan menerusi saringan bersasar di sebuah kilang.
“Kluster tempat kerja ini membabitkan daerah Klang, Gombak, Kuala Selangor dan Petaling, seramai 1,020 individu sudah…