PETALING JAYA – Bagi membantu usahawan kecil menjana pendapatan sampingan, 99 Wonderland Park Wildlife in the City telah menyediakan puluhan gerai yang lengkap dengan pelbagai kemudahan selesa kepada peniaga.
Pengerusi Eksekutif Kumpulan JL99, Datuk Seri Jeff Lee berkata, inisiatif tersebut diperkenalkan bagi membantu usahawan yang sukar untuk mencari tapak perniagaan di sekitar kawasan ibu kota.
Lebih menarik katanya, pihak taman tema itu tidak mengenakan sebarang bayaran walaupun segalanya disediakan termasuk khemah dan kemudahan elektrik.
“Saya buka tapak perniagaan di taman tema ini supaya usahawan dapat memasarkan produk mereka dan kami tidak mengenakan bayaran apa-apa pun. Mereka hanya datang bawak produk dan berniagalah di sini.
“Selain kita sediakan gerai dan khemah, kami juga menyediakan kemudahan elektrik. Setiap gerai kita akan bagi dua ‘plug’ untuk mereka gunakan sepanjang beroperasi di kawasan taman tema ini,”katanya kepada Kosmo!.
Lee berkata, antara gerai…
Klik untuk baca artikel penuh.
Sumber: