Masyarakat melayu terkenal dengan kepelbagaian pantang larang orang dulu-dulu. Lebih-lebih lagi kalau bab berpantang, berderet pantannya jika disenaraikan!
Kalau orang muda-muda tak ikut, silap-silap kena bebel pula. Antara pantang waktu bersalin yang paling popular adalah memakai stokin supaya angin tak masuk dalam badan tapi, betul ke?
Menurut doktor Kesihatan Wanita & Kehamilan, Dr Izzat menerusi laman twitter miliknya, pantang ini adalah mitos semata-mata. Maksudnya, pemakaian stokin tidak wajib ketika berpantang.

Pemakaian stokin ketika berpantang sebenarnya lebih berisiko tinggi untuk jatuh terhentak di atas lantai berbanding tidak memakai stokin. Bayangkan, apabila pakai stokin dan para ibu berjalan di atas lantai, kemungkinan besar menyebabkan si ibu boleh jatuh tersungkur di atas lantai akibat licin.
Beliau turut menerangkan, tidak ada satu kajian saintifik pun membuktikan angin boleh masuk melalui kaki, tapak kaki ataupun hujung jari kaki.
“Tapi, jika para ibu ingin memakai stokin atas kerana ingin menjaga aurat ketika tetamu datang. Silakan pakai cuma pakailah stokin jenis Ted atau stokin compression untuk mengelakkan dari terjatuh.

Sumber: nursingtimes
Malah, pemakaian stokin ini juga membolehkan peredaran darah berjalan dengan normal semula selepas urat para ibu mengembang ketika meneran bayi. Dalam masa yang sama mencegah daripada darah beku berlaku. Bukan untuk mencegah daripada angin masuk ke dalam kaki,” tulisnya dalam posting menerusia akaun twitter miliknya.
Semoga dengan penjelasan dari Dr Izzat ini dapat memberi manfaat buat kita semua.
Sumber: twitter
Post comments (0)