Niat seorang bapa yang ingin membantu anaknya mengajar subjek matematik bertukar episod cemas selepas dia diserang sakit jantung. Punca kejadian dipercayai kerana stres semasa mengajar. Semasa kejadian, lelaki yang dikenali sebagai Liu itu dikatakan membantu anaknya menyiapkan kerja sekolah. Sampai stres dibuatnya nak bagi anak dia faham subjek matematik tu.

Menurut laporan, Liu mengatakan sebelum ini dia memang ada mengalami sakit di dada namun dia tidak menyangka itu adalah petanda sakit jantung.
Lelaki yang berusia 45 tahun itu dikatakan naik marah selepas mengajar anaknya menyelesaikan soalan matematik sama, sebanyak tiga kali. Sebaik melepaskan kemarahannya, dia tiba-tiba rasa sakit di bahagian dada dan sesak nafas. Tidak lama lepas tu Liu pun pengsan dan dikejarkan ke hospital.
Kalau anda nak tahu, berdasarkan jurnal perubatan, di Malaysia, penyakit jantung koronari menjadi punca kematian utama dalam masyarakat kita. Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan pula, jumlah kematian akibat penyakit jantung koronari di negara ini pada 2018 adalah 18,267 orang. Kiranya bila ditambah dengan stres, semakin teruk lah kesan daripada sakit jantung ini. Tapi ada caranya untuk kita elak atau kawal diri daripada stres. Jom ikuti 10 cara yang dikongsikan di lama My Health ini.
1. Bertenang.
Setiap kali anda berasa stres, bawalah bertenang dahulu. Dengan bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat permulaan.
2. Bernafas Dengan Dalam.
Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida dalam sel tubuh bagi mengurangkan tekanan yang dialami.
3. Berkata, “Relakslah”.
Boleh juga cuba bermonolog dengan diri sendiri dengan memberitahu diri anda supaya bertenang sekejap. Pujuk diri anda untuk sentiasa sabar walaupun sedang berada dalam tekanan. Kata-kata ini sedikit sebanyak dapat menenteramkan perasaan dan mengurangkan stres.
4. Beribadat.
Sekiranya anda mengalami tekanan atau stres anda boleh melakukan ibadat seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing. Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.
5. Berkongsi Perasaan Dengan Seseorang.
Bercakap atau berborak dengan ahli keluarga atau kenalan rapat anda yang anda percayai dan dapat memahami perasaan anda. Cuba untuk luahkan dan kongsi perasaan anda dengan mereka. Apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain, anda akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi.
6. Berurut.
Ini mungkin menjadi kegemaran ramai orang. Apabila stres, kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang. Anda boleh belajar cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah. Selain itu, urutan kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stres.
7. Berehat Dan Mendengar Muzik.
Cara ini juga menjadi salah satu cara yang berkesan kerana apabila kita berada dalam tekanan, minda kita sebenarnya memerlukan masa untuk berehat dan bertenang sebentar. Muzik dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula rasa tenang serta pernafasan anda akan kembali normal. Tapi pilih lah muzik yang lembut dan menenangkan.
8. Beriadah.
Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan. Lakukan aktiviti yang anda sukai. Beriadah dapat menenangkan fikiran dan membuatkan anda berasa gembira serta menghilangkan stres.
9. Bersenam.
Bersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Dengan bersenam ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin dan anda akan berasa lega dan tegang. Memang sudah terbukti bahawa bersenam mampu menghilangkan stres yang kita alami.
10. Berfikiran Positif.
Stres juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi. Cubalah berfikiran secara positif di mana anda cuba melihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif.
Baca juga artikel menarik yang lain:
Cara-Cara Berkesan Memulakan Habit Baru. Belum Cuba Belum Tahu!
Pandemik COVID-19 Didik Ramai Orang Buat Perancangan Kewangan Yang Baik
Sumber berita: Harian Metro
Post comments (0)