Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Ada Wanita Dilahirkan Tanpa Dara? Ini Fakta Tentang Selaput Dara!

today23 December 2020

Background

Streotaip bagi sesetengah individu yang mentalitinya masih lagi berada di takuk lama pasti akan memikirkan wanita yang tidak mempunyai dara pada malam pertama bermakna sudah tidak suci.

Sedangkan sekarang kita sudah berada di era baru di mana lebih banyak ilmu boleh didapati dengan hanya di jari malah lebih ramai orang sudah berfikiran lebih terbuka, mencari fakta, telus dan matang.

Sedih bila masih ada lagi yang beranggapan mereka yang sudah tidak berdara bermakna sudah tidak suci. Walhal, itu bukan satu pengukur jika dilihat dari sudut pandang kajian saintifik.

via GIPHY

Ada wanita tak ada dara?

Perkara ini turut disokong oleh seorang doktor Kesihatan Wanita dan Kehamilan, Dr. Muhammad Izzat tentang fakta dara. Katanya, ada segelintir wanita yang dilahirkan tanpa selaput dara.

“Jika tiada selaput dara atau selaput dara sudah pecah, itu adalah perkara yang amat biasa berlaku dan tak bermakna seorang perempuan atau gadis itu pernah melakukan hubungan seks.

Hal ini kerana ciri-ciri selaput dara bukan keras tetapi sangat lembut dan mudah regang. Jadi, bila melakukan aktiviti lasak atau jatuh dengan teruk, dara sedia ada boleh jadi besar ataupun terkoyak sedikit. Koyakan selaput dara juga boleh terjadi walaupun bukan dengan melakukan hubungan kelamin.

via GIPHY

Buat seks pun ada dara lagi!

Malah, ada juga segelintir wanita yang pernah melakukan hubungan seks tapi selaput dara tak pecah sepenuhnya kerana lubang yang ada itu hanya membesar saja. Erti kata lain boleh dikatakan selaput daranya masih elok dan kekal sempurna ada,” jelasnya.

Beliau turut menambah koyakan yang terjadi bahagian faraj disebabkan jari, timun, jatuh sama sekali tidak dapat dikenal pasti Cuma, boleh dikonklusikan hanya disebabkan oleh objek tumpul sahaja.

via GIPHY

Kesimpulan yang dapat dilakukan oleh doktor itu sendiri adalah dara atau tidak seseorang gadis tu, hanya tuan punya badan sahaja yang tahu.

Paling penting, jagalah kehormatan diri anda sebaik yang mungkin dan buat anda yang bergelar lelaki pula, bacalah sebanyak mungkin mengenai wanita kerana banyak lagi yang anda perlu tahu.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Elak terjebak obesiti demi kesihatan diri

Kepala berdarah ditimpa kayu atap

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: shutterstocktwitter

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

Lapor yang sahih saja – Kosmo Digital

WARTWAN EKSEKUTIF, NUZULSHAM SAMSUDDINBARU-baru ini penulis ada menerima satu e-mel daripada sebuah syarikat swasta yang tidak ber­puas hati nama syarikatnya ditulis dan disiarkan dalam satu pertuduhan melibatkan rasuah. Dalam teguran yang dikirimkan melalui e-mel, syarikat itu meminta secara baik untuk penulis memadamkan nama syarikatnya. Syarikat itu juga turut me­ngirimkan e-mel sama kepada beberapa agensi media lain. Sebenarnya, situasi itu bukanlah perkara baharu dalam kes... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today23 December 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *