Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Kesan Buruk Bila Si Ibu Letak Garam & Gula Dalam Makanan Bayi Setahun Ke Bawah

today6 November 2020

Background

Memang seronok bila menimang cahaya mata lebih-lebih lagi memiliki zuriat kali pertama. Sayangnya, kebanyakan daripada kita gagal untuk mendalami perihal anak terutama tentang kesihatan.

Apa yang kita tahu penyediaan barang mandian, pakaian dan tempat tidur mereka. Ada tak kita ambil tahu tentang corak pemakanan mengikut usia mereka?

via GIPHY

Jika ada, anda seorang ibu yang sangat prihatin dan bertanggungjawab dalam membesarkan anak-anak. Kepada yang masih lagi tak tahu, sebenarnya setiap peringkat umur mereka ada cara penyediaan makanan yang betul. Tak semua jenis makanan mereka boleh menerima dengan baik.

Walaupun si kecil kelihatan baik-baik saja bila disajikan makanan yang tak sepatutnya misalnya berperisa manis, pedas atau masin, kebarangkalian akan ada kesan sampingan dalam jangka panjang. Artikel ini khas untuk mereka yang mempunyai anak yang belum mencecah usia setahun.

via GIPHY

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahagian nutrisi, kesan buruk akan timbul apabila beri bayi kurang dari usia setahun makan makanan yang mengandungi gula dan garam.

Antara kesan dari penambahan gula dan garam dalam makanan bayi adalah..

  1. Risiko buah pinggang bayi terbeban.
  2. Bayi jadi cerewet bila memilih makanan atau erti kata lain, menjadi picky eater.
  3. Risiko penyakit darah tinggi, diabetes, penyakit jantung, obesiti, karies gigi pada masa akan datang.

Ketiga-tiga kesan ini sebenarnya memberi kesan yang sangat buruk pada kesihatan bayi dalam jangka masa yang panjang.

Berilah perhatian lebih pada pemakanan mereka dan hargailah kehadiran si kecil. Anak itu juga adalah satu amanah yang perlu kita jaga sebaiknya.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Elak Kes Penderaan Anak Ketika Bekerja, Ibu Bapa Wajib Lakukan Ini

Dua ditahan, pindahkan kanak-kanak dari rumah kebajikan

 

 

 

 

 

 

Sumber: KKM BahagianMakanan

 

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] Tertekan Akibat Dirogol Bapa Kandung Sendiri, Remaja Ini Nekad Lari Dari Rumah

Menurut laporan, kes terbongkar selepas mangsa menceritakan kejadian itu kepada polis yang menemuinya di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ketika mahu pulang ke rumah ibunya di Kuala Nerang, Kedah pada hari yang sama.Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa memaklumkan dia dirogol bapanya yang berusia 42 tahun di rumah mereka."Siasatan awal mendapati mangsa dirogol secara berterusan setiap minggu kecuali ketika mangsa datang... Klik untuk […]

today6 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *