Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Bergurau Tak Kena Tempat Sampai Tersangkut Dalam Mesin Basuh

today12 October 2020

Background

Niat sekadar nak bergurau, tapi lain pula jadinya. Seorang pelajar perempuan yang bergurau dengan rakan serumahnya menerima padah apabila separuh badan rakannya itu tersangkut dalam mesin basuh.

Dikatakan puncanya apabila mereka yang dalam keadaan mabuk mula bermain permainan ‘dare’ atau cabar-mencabar dan memutuskan untuk menerima cabaran masuk ke dalam mesin basuh. Akibat dari kejadian itu, sepasukan anggota bomba terpaksa bergegas ke rumah mereka untuk menyelamatkan ‘mangsa.’ 

Menurut Rosie Cole, 21 tahun, kejadian tersebut agak memalukan kerana terpaksa memanggil bomba untuk mengeluarkannya dari mesin basuh tersebut. Dia juga mengatakan, pada awalnya dia tahu badannya tidak muat masuk ke dalam mesin basuh itu tetapi tetap nekad untuk menyahut cabaran kawannya.

Semasa dia berjaya memasukkan separuh badannya itu dan mendapati dia telah tersangkut, rakan rumahnya itu hanya mampu mentertawakannya. Menurut Rosie juga, rakan serumahnya cuba membantu mengeluarkannya dari mesin berkenaan tetapi tidak berjaya kerana keadaan kakinya yang sudah berada dalam keadaan bersilang.

Dikatakan anggota bomba yang menyelamatkan Rosie turut berasa lucu dengan ‘tragedi’ itu. Malah, mereka sempat bergurau dengan Rosie dan rakannya selain memberi taklimat keselamatan ringkas jika berlakunya kebakaran.

Baca juga artikel menarik yang lain:

Ini Asal Usul Kepercayaan Feng Shui Yang Diamalkan Lebih 3,500 Tahun

Iklan Cari Jodoh Beserta Syarat Pelik. Ini Antara Tempat Yang Sesuai Cari Jodoh

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Sukan

Perancis dan Portugal kongsi mata

Paris: Perancis dan Portugal seri tanpa jaringan di Stade de France dalam aksi Liga Negara-Negara UEFA untuk terus terikat di puncak Kumpulan 3 Liga A. Walaupun kedua-dua pasukan menurunkan penyerang-penyerang ternama mereka, Portugal, juara bertahan Eropah dan Liga Negara-Negara, serta juara dunia Perancis, hanya mampu menghasilkan empat percubaan antara mereka. Perancis turun dengan deretan lima kemenangan dan meledak 11 gol dalam dua perlawanan terakhir manakala Portugal menang empat... Klik untuk […]

today12 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *