Belum lagi reda kes kereta Perodua Myvi ‘terbang’ sehingga mengakibatkan kemalangan maut di Kilometer 4 Jalan Johor Bahru – Kota Tinggi, tular lagi insiden lain.
Semalam, kecoh apabila sebuah rakaman video yang diterima melalui aplikasi Whatsapp yang menunjukkan kemalangan ngeri dan lebih mengejutkan lagi seorang lelaki dalam video tersebut cuba menumbuk pihak bomba yang datang membantu.
https://www.facebook.com/adzreen.adzreen.1/videos/813051176215368
Menurut sumber, kejadian berlaku di Bandar Tun Hussein Onn menghala ke Cheras Selatan dan lelaki tersebut disahkan positif dadah setelah disoal siasat.
Bukan itu saja, lelaki berkenaan lebih agresif dengan mengamuk di lokasi menyebabkan beberapa anggota bomba yang berada di tempat kejadian bagi operasi pemadaman kebakaran kereta itu terpaksa memberkasnya.
“Pemandu tersebut melanggar lampu isyarat kemudian melanggar kereta yang ingin keluar simpang. Setelah pelanggaran berlaku, pemandu berbangsa Cina itu ingin melarikan diri tetapi gagal kerana ditahan beberapa pihak bomba dan sebelum itu dia menumbuk salah seorang anggota bomba yang datang menyelamat,”

Menurut kenyataan dari Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.38 pagi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan lapan pegawai dan anggota bergegas ke lokasi.
“Sebaik tiba, sebuah kereta sedang terbakar di bahagian enjin akibat melanggar sebuah Perodua Myvi. Anggota membuat pemadaman dan kereta itu musnah 70 peratus.”
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Mengamuk! Pemandu Simbah Air Kepada Jurutol
Mengantuk, anggota bomba maut kemalangan
Sumber: facebook
Post comments (0)