Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

‘Mayat’ Hidup Semula Selepas Semalaman Dalam Peti Sejuk Beku

today16 October 2020

Background

Memang terkejut dibuatnya apabila seorang lelaki di Tamil Nadu, India didapati masih hidup walaupun sudah disahkan meninggal dunia. Apa yang lebih mengejutnya, ‘mayat’ tersebut sudah semalaman disimpan dalam peti sejuk beku. 

Sebelum itu, adik kepada lelaki yang bernama Balasubramania Kumar, 74 tahun, itu menyangka abangnya sudah pergi buat selamanya. Sebelum benar-benar ‘disahkan’ meninggal dunia, Kumar sempat dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut. Bagaimanapun, dia kemudian disahkan mati. 

Adiknya kemudian menghubungi syarikat sewaan peti sejuk beku untuk menyimpan ‘mayat’ abangnya itu. Keesokan harinya, pekerja syarikat sewaan datang ke rumah mereka untuk mengambil kembali peti sejuk beku berkenaan. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati ‘mayat’ Kumar masih bernafas ketika dibawa keluar dari peti.

Selepas insiden tergempar itu, pihak berkuasa terus dimaklumkan dan Kumar yang dilihat bernyawa dibawa ke hospital kerajaan untuk pemeriksaan lanjut.

Adik Mahukan Kematian Abang Sendiri?

Siasatan lanjut pihak polis mendapati keluarga lelaki tersebut sebenarnya sengaja menanti kematian Kumar sehingga membiarkan dia duduk semalaman dalam peti sejuk beku tersebut. Namun, adik Kumar cuba untuk mempertahankan tindakannya dan mendakwa abangnya itu memang sudah meninggal dunia. 

Bagaimanapun, pihak polis membuka kertas siasatan terhadap adik Kumar dan keluarganya atas kesalahan membahayakan nyawa orang lain. Ia mungkin menjadi kisah seram yang bertukar menjadi satu kes cubaan membunuh. 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Berang Tidak Diberi Wang, Seorang Lelaki Bertindak Ganas Kelar Leher Bapa!

Sebab Bosan Isteri Kuat Membebel, Lelaki Ini Nekad Panjat Menara!

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post

ronaldo cov

Sukan

Menteri Kesihatan Itali Tuduh Ronaldo Langgar Protokol, Juventus Pertahankan Pemainnya

Menteri Sukan Itali, Vicenzo Spadafora menyatakan bahawa Cristiano Ronaldo telah melanggar protokol keselamatan dengan terbang ke Portugal untuk tugasan antarabangsa baru baru ini. Ronaldo kembali ke negara asalnya selepas perlawanan Serie A, di mana pasukan Juvenus sebelum ini sudah mencipta ‘bubble’ virus ketika 2 staf mereka positif koronavirus. Laporan di Itali menyatakan Ronaldo negatif dalam dua ujian pertama Covid-19. Namun beliau masoh perlu untuk lulus satu lagi ujian untuk... Klik […]

today16 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *