Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Prosedur Kelahiran Gagal Sampai Terputus Kepala Bayi!

today22 October 2020

Background

Prosedur kelahiran merupakan satu proses yang getir dan kompleks kerana ia melibatkan antara dua nyawa iaitu si ibu dan si anak yang dilahirkan. Namun, agak menyeramkan dan mengerikan jika berlaku komplikasi yang tidak diingini seperti putus kepala bayi yang baru dilahirkan! Kejadian itu berlaku dalam prosedur kelahiran gagal di Hospital Santa Casa de Misericordia yang terletak di utara Brazil.

Menurut laporan, kejadian malang itu dipercayai berlaku apabila beberapa doktor memaksa ibu muda berusia 26 tahun meneran keluar bayi dalam kandungan walaupun dia sebenarnya dijadualkan bersalin secara pembedahan. Menurut kata si suami pula, isterinya yang hamil lapan bulan itu tiba di hospital dan sepatutnya menjalani pembedahan Caeserean secara elektif. Wanita malang itu kemudian menunggu selama tiga jam sebelum dibawa ke dewan bersalin untuk melahirkan bayinya secara normal.

Sudah Mendapat Surat Untuk Lahir Secara Pembedahan

Menerusi siasatan lanjut, suaminya menyatakan sebelum itu mereka sudah menerima surat daripada pihak hospital yang menyatakan isterinya hanya boleh melahirkan bayi mereka secara pembedahan kerana masalah kesihatan dalam kandungan. Namun apabila tiba di hospital, lain pula jadinya di mana isterinya diminta untuk bersalin secara normal. 

Semasa menjalankan prosedur kelahiran, kepala anaknya ditarik terlalu kuat sehingga terputus daripada badan bayi malang itu. Doktor kemudiannya membius mangsa dan menjalankan pembedahan bagi mengeluarkan sisa badan anaknya yang tertinggal dalam rahim. Lebih malang lagi mangsa pada awalnya hanya dimaklumkan tentang kematian anaknya tanpa diberitahu bagaimanakah bayi itu meninggal dunia.

Bagaimanapun, salah seorang anggota perubatan di situ mendakwa bayi dalam kandungan itu sudah pun meninggal dunia sebelum dia diarahkan bersalin secara normal. Susulan kejadian, satu laporan polis dibuat dan siasatan sedang dijalankan oleh pihak berkuasa.

Baca juga artikel menarik lain:

Awas Risiko Kecacatan Bayi Jika Ambil Produk Kecantikan Ketika Mengandung

Isteri Rancang Pembunuhan Suami Yang Buta Demi Mendapatkan Harta

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

Barista Ini Throwback Detik Cemas Jalan Ramai-Ramai Atas Rel LRT

Barista yang mesra dipanggil Darwisy itu sempat mengimbas kembali pengalamannya semasa berjalan di atas rel dan ketika itu umurnya 15 tahun."Pada masa itu saya ada pemeriksaan kesihatan, naik LRT bersama ayah dari gombak menuju ke Kerinchi. Tiba-tiba tren berhenti. Bila agak lama, ramai yang mula cemas.Kemudian pintu tren terbuka tertutup, lampu padam sendiri. Agak panas juga suasana pada waktu itu," katanya.Darwisy juga berkata, semua penumpang dimaklumkan perlu berjalan keluar di... […]

today22 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *