Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Tertembak Diri Sendiri Semasa Sambutan Hari Jadi

today27 October 2020

Background

Majlis sambutan hari lahir yang sepatutnya disambut meriah bertukar mimpi ngeri apabila seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut akibat tertembak dirinya sendiri. Kejadian malang itu dilaporkan berlaku di Texas, Amerika Syarikat (AS) sewaktu menyambut hari kelahiran kanak-kanak malang tersebut.

Menurut laporan, kanak-kanak itu dikatakan menjumpai sepucuk pistol yang tercicir di atas lantai. Kanak-kanak tersebut kemudian secara tidak sengaja tertembak dirinya di bahagian dada. Tragedi menyayat hati itu berlaku semasa mereka semua sedang seronok bermain kad. Namun, secara tiba-tiba dikejutkan kedengaran satu bunyi tembakan yang kuat.

Kanak-kanak malang itu ditemui bersama senjata api dalam keadaan berlumuran darah dan cedera parah di bahagian dada. Dia kemudian segera dikejarkan ke stesen bomba, namun meninggal dunia di situ.

Senjata Api Tercicir Dari Poket Seluar…

Menurut siasatan pihak berkuasa, mangsa menemui pistol yang terjatuh dari poket salah seorang saudara mereka yang menghadiri majlis itu. Bagaimanapun, ahli keluarganya tidak mendedahkan bagaimana senjata api itu boleh tercicir dan pihak berkuasa juga tidak mengatakan sama ada pemilik pistol itu mengendalikan senjatanya dengan selamat ataupun tidak.

Image via:https://hollywoodunlocked.com/

Menurut pertubuhan Everytown for Gun Safety, sejak awal tahun ini, AS merekodkan kes tembakan tidak sengaja oleh kanak-kanak sebanyak 229 kes, dengan 97 kematian dilaporkan. Manakala, satu pertiga rakyat di sana kini memiliki senjata api dan berhak memilikinya berdasarkan peruntukan Pindaan Kedua Perlembagaan AS, dengan Texas sebagai negeri yang mempunyai undang-undang paling longgar bagi pemilikan senjata api.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Ibu Cuai Biarkan 2 Anak Kecil Dalam Kereta Enjin Tidak Dimatikan, Rempuh Sebuah…

Bunuh Diri Akibat Tekanan Bekerja Dari Rumah

 

 

 

Sumber daripada: Berita Harian

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

Lelaki Terkejut Terpaksa Bayar Makanan Selepas Wanita Bawa 23 Kenalan Masa ‘First Date’

Oleh kerana tindakan wanita itu, Liu bertindak bijak apabila dia memutuskan untuk meninggalkan restoran tersebut dengan lebih awal kerana enggan membayarnya.Menyedari kehilangan lelaki tersebut, wanita itu terpaksa membayar bil makanannya itu sendiri selepas Liu gagal untuk dihubungi.  Namun bukan itu saja, Liu juga turut dimaklumkan untuk membayar bil makanan yang berjumlah 19,800 yuan bersamaan RM12,311. Begitupun, Liu akhirnya tetap bersetuju untuk membayar membayar dua... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today27 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *