Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Adakah Pemasangan Jeriji Keselamatan Perlu Diwajibkan Di Setiap Rumah?

today28 October 2020

Background

Perlu diwajibkan atau tidak pemasangan jeriji keselamatan di rumah? Itu antara persoalan yang timbul susulan berlaku satu kemalangan melibatkan kanak-kanak berusia enam tahun yang maut selepas terjatuh dari tingkat 15 Flat Ladang Gemilang Satu, Kuala Terengganu. Dipercayai kanak-kanak tersebut bersendirian di rumahnya semasa kejadian itu berlaku. Dia dikatakan tergelincir ketika berada di tepi tingkap ruang tamu. Difahamkan, ibu mangsa keluar ke kedai berhampiran, manakala mangsa ketika itu dikatakan sedang tidur. Ia merupakan satu berita yang amat menyedihkan.

Image via:https://www.hmetro.com.my/

Melalui temubual bersama Naib Presiden Persatuan Pengamal Keselamatan dan Kesihatan Pekerja Malaysia, Aliasman Moshidi, asas keselamatan di rumah perlu dilihat secara keseluruhan. Kemalangan yang berlaku itu tidak boleh meletakkan salah kepada sesiapa kerana ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Menurut Aliasman, faktor keselamatan di rumah tidak melihat sama ada kanak-kanak yang berada di rumah itu pandai atau faham tentang bahaya disekelilingnya. Oleh itu, ibu bapa memainkan faktor penting dalam memastikan keselamatan anak-anak di rumah.

Mewajibkan Pemasangan Jeriji Keselamatan Di Rumah

Selain itu, beliau juga memberi pandangan tentang bagaimana untuk mewajibkan pemasangan jeriji di rumah sebagai langkah keselamatan. Menurutnya, perkara tersebut pertama sekali perlu mendapatkan kelulusan pihak yang berkenaan. Berkemungkinan juga perlu mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak. Keduanya, sekiranya pihak berwajib bersetuju untuk menguatkuasakan pemasangan jeriji, maka perlu dilihat pula dari segi kosnya. 

Tambahan lagi, tidak semua client sukakan rupa rumah yang mempunyai jeriji kerana ia akan mengubah kecantikan yang ada pada rumah tersebut. Jadi itu antara perkara yang dirasakan perlu dilakukan sekiranya kita ingin mewajibkan pemasangan jeriji keselamatan di rumah. Perkara ini memerlukan perbincangan semua pihak yang berkenaan bagi memastikan malapetaka seperti ini tidak berulang lagi.

Image via:https://iluminasi.com/

Benar pendapat individu adalah berbeza, namun kesedaran ibu bapa memang penting sekiranya tinggal di rumah bertingkat dan mempunyai anak kecil. Apa-apa isu berkenaan keselamatan di rumah perlu kita sendiri yang faham. Aliasman juga menyatakan  sesetengah condominium atau apartmen telah menetapkan spesifikasi pemasangan jeriji di rumah. Jadi perlu rujuk terlebih dahulu ke bahagian pengurusan. 

Selain itu, jika anda mahu memasang jeriji, pastikan ianya bukan jenis jeriji mati yang tidak mempunyai pintu. Itu juga antara perkara yang perlu dilihat semasa pemasangan jeriji. Antara cadangan yang dilontarkan oleh Aliasman adalah untuk pihak bomba menggalakkan pihak pengurusan condominium atau apartmen untuk melakukan latihan fire drill supaya pihak pengurusan serta penghuni bersedia jika berlaku kecemasan.

Tanggungjawab Ibu Bapa Adalah Yang Utama

Dinasihatkan kepada ibu bapa yang mendiami rumah yang bertingkat untuk tidak mengambil ringan soal keselamatan anak-anak. Jika kita pergi ke hotel sekali pun, boleh dilihat bagaimana tingkapnya dikunci sebagai langkah keselamatan. Kemudian, jangan biarkan anak-anak kecil tinggal seorang diri di rumah walaupun kita rasa sudah meletakkan mereka dalam keadaan yang selamat. Selain itu, jika berada di rumah kena sentiasa pantau anak-anak supaya tidak bermain berhampiran dengan tingkap atau bakloni rumah. Jika perlu, pasang jeriji hidup yang ada pintu untuk keluar melaluinya. Di Malaysia tiada undang-undang terhadap kecuaian ibu bapa dalam menjaga anak-anak, namun ia tidak bermakna kita boleh ambil ringan soal ini.

Akhir sekali, ibu bapa perlu lebih peka dan berhati-hati kerana kanak-kanak dalam lingkungan tiga hingga tujuh tahun agak lasak dan aktif. Jadi tidak boleh jangkaan apa yang bakal dilakukan mereka jika kita tidak awasi secara dekat.

Baca juga artikel menarik lain:

Suami Pukul Isteri Hingga Mati Depan Tetamu!

Anak Terperangkap Di Dalam Kereta Dibiarkan Mati, Hanya Kerana Sayang Cermin Tingkap Baru!

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

“Macam Scene Lagi-Lagi Senario!” – Lihat Kehebatan Remaja Ini Tebar Roti Canai Terbang

Siapa je yang tak pernah tengok telefilem popular pada tahun 2001 itu kan? Pendek kata, semua nak belajar tebar roti canai selepas tengok cerita Lagi Lagi Senario.Begitu juga dengan komen-komen yang menghiburkan daripada netizen di video Muiz, di mana mereka teringat babak ketika Wahid dan Saiful Apek tebar roti canai dalam telefilem tersebut.Rupa-rupanya, skill tebar kain yang Muiz buat sama seperti babak Wahid tebar baju dalam tandas. Bermakna, memang berkesan […]

today28 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *