Apa yang menjadi isu adalah ayahnya meluahkan perasaan yang membuat hati orang ramai terpukul dengan perasaan sedih.
Menurutnya, kejadian tersebut berlaku apabila dia dan adik-beradik yang lain berpakat untuk membuat kejutan, kononnya mereka lupa tentang hari jadi ayah mereka.
Ketika kejutan dibuat dan semua sedang seronok meraikan hari jadi si ayah, tiba-tiba si ayah menangis ketika meluahkan apa yang dirasa.
“Terima kasih semua. Ingatkan tak ingat hari jadi ayah, ayah tunggu jugak sorang pun tak ingat ke? Ayah sampai menangis tau,”
Selepas melihatkan ayah mereka mula mengalirkan air mata, kesemua anak dan cucunya menerpa dan memeluk menenangkan si ayah.
Dalam pada masa sama, pemuda yang ingin dikenali theamirisa, mengingatkan kepada orang ramai supaya menghargai orang tua kita.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Tertembak Diri Sendiri Semasa Sambutan Hari Jadi
Sumber: twitter
Post comments (0)