Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

“Tak Ada Kedut Ke?” Muka Nasha Aziz Selepas Hampir Setahun Mendiamkan Diri

today30 October 2020

Background

Pelakon Nasha Aziz agak lama menyepi dalam dunia lakonan. Kali terakhir kemunculannya di kaca televisyen sewaktu menemu bual tentang penggambaran sebuah filem berjudul Tablis Iblis.

Bukan saja dalam dunia lakonan dia ‘menghilang’ tapi posting di media sosialnya boleh dikatakan agak kurang kerana kali terakhir dia membuat posting sebelum posting terbaru ini adalah sejak hujung tahun lepas.

Namun selepas hampir setahun Nasha atau nama sebenar Noraishah Abdul Aziz mendiamkan diri, baru-baru ini dia tampil dengan satu perkongsian menerusi akaun Instagram miliknya.

Perkongsian tersebut menunjukkan sekeping gambar yang mempunyai ‘aura’ lain daripada yang lain.

Seperti biasa, posting tersebut dihujani ratusan komen daripada netizen. Rata-rata mengatakan wajahnya kelihatan muda tidak seperti wanita berusia 49 tahun. Ada juga menyamakan wajahnya dengan Zahirah MacWilson dan Scha Alyahya.

Hm, jika dilihat pada penampilan terbaru Nasha, memang nampak lain dari yang lain. Tampak lebih muda dan makin hot! Pasti ramai ingin tahu apakah rahsia kecantikan Nasha kan?

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

instagram

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

Usaha Teknikal tembusi pasaran rantau Asia Tenggara

KUALA LUMPUR – Dalam per­sekitaran ekonomi sukar ekoran Covid-19, sebuah syarikat bumiputera, Usaha Teknikal Sdn. Bhd. (UT) masih mampu melihat peluang untuk berkembang lebih jauh ke pasaran lain di rantau Asia Tenggara. Syarikat yang terbabit dalam perkhidmatan penyewaan, pe­ngendalian dan penyelenggaraan mesin, kren serta traktor terminal di sektor pelabuhan itu kini sedang mengusahakan lima projek yang berpusat di Brunei, Indonesia, Johor, Pulau Pinang dan Malaysia Timur. Pengarah... Klik untuk baca […]

today30 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *