Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

‘Tiada Penyesalan’ – Banduan Bunuh 48 Banduan Lain Dan Ingin Membunuh Lagi

today30 October 2020

Background

Membunuh merupakan satu jenayah yang berat bagi mana-mana negara di dunia ini. Namun, itu tak bermakna ia tidak akan dilakukan semasa seseorang itu dipenjarakan. Seorang banduan di Brazil membuktikan sebaliknya apabila setakat ini sudah membunuh 48 banduan lain sejak dipenjarakan 25 tahun lalu. 

Dia yang dikenali dengan nama Marcos Paulo da Silva, 42 tahun, sudah berada di dalam penjara sejak tahun 1995 atas kesalahan mencuri. Tetapi, semenjak dia dimasukkan ke dalam penjara, banduan lain seakan tidak senang duduk. Dia mula menjadi mimpi ngeri buat banduan-banduan lain apabila banyak kali membunuh individu yang menjalani hukuman penjara yang sama dengannya.

Disebabkan jenayah yang dilakukannya dalam penjara, dia bakal menjadi penghuni penjara sehingga 217 tahun atas pelbagai kesalahan terkumpul yang dilakukan di dalam penjara. Kira dia akan tinggal di penjara sehingga akhir hayatnya. Tapi kalau umur dia panjang, mungkin sempat untuk keluar dari penjara.

Menurut laporan, antara pembunuhan yang dilakukannya adalah bunuh dan memenggal kepala banduan lain yang merupakan perogol, pencuri serta yang gemar mengambil kesempatan ke atas tahanan lain. 

Image via: https://www.thesun.co.uk/

Apa yang mengejutkan, dia menyatakan tidak ada penyesalan ke atas pembunuhan yang dia lakukan terhadap banduan-banduan lain. Walaupun banduan lain mempunyai rekod jenayah yang teruk, namun tidak sepatutnya mereka dibunuh kerana mereka sudah pun dikenakan hukuman melalui proses perundangan yang betul.

Baca juga:

James Bulger- Tragedi Pembunuhan Anak Kecil Yang Dilakukan Kanak-Kanak Berusia 10 Tahun!

Hanya Kerana Cinta, Wanita Ini Tidak Melihat Cahaya Selama 25 Tahun

Sumber daripada: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

Rezeki Datang Tak Disangka-Sangka, Ini 5 Amalan Pembuka Pintu Rezeki Anda Perlu Tahu

Istighfar mampu membuka pintu rezeki, jadi mengapa kita tidak mengamalkannya? Nabi Nuh AS pernah berkata kepada kaumnya sebagaimana dikatakan oleh Allah dalam al-Quran:“Maka aku katakan kepada mereka, “Beristighfarlah kepada Rabb-mu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan melengkapkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun, dan mengadakan pula di dalamnya sungai-sungai.” (Surah Nuh (71) ayat... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today30 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *