Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Kahwin Cerai Sudah 10 Kali, Wanita Ini Ingin Cari Mr. Right

today30 October 2020

Background

Seorang usahawan wanita dari Amerika Syarikat tidak serik untuk berkahwin sehingga bertemu ‘Mr Right’ selepas 10 kali sudah berkahwin.

Wanita tersebut lebih mesra dengan panggilan Cassey, kini sedang mempertimbangkan untuk menceraikan suaminya yang terbaru dan terus berkahwin sehingga mendapat lelaki yang sempurna untuk dirinya.

Portal OddityCentral melaporkan, Cassey mendapatkan nasihat doktor mengenai hubungan kerana berpendapat sehingga kini masih belum menemui pasangan hidup yang tepat.

Menurutnya, dia tidak peduli berapa kali perkahwinannya akan gagal dan tidak akan berhenti untuk mencari suami yang dapat mencintainya selama-lamanya.

“Selalunya bila tak dapat nak teruskan dalam hubungan perkahwinan saya akan cakap, cukup setakat ini, kita bercerai dan saya pergi,” katanya.

Bagaimanapun, perkahwinan pertamanya adalah hubungan yang paling lama bertahan iaitu selama lapan tahun.

Diikuti dengan perkahwinan keduanya tujuh tahun, tetapi dengan pertunangan dua setengah tahun.

Pasangan itu mempunyai seorang anak lelaki, tetapi hubungan itu mula putus ketika suaminya berhenti memberitahu bahawa dia mencintainya.

Semoga Cassey dapat apa yang diidamkan sesungguhnya sebuah pekahwinan ada pasang surutnya.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Buat video perkahwinan sejenis untuk tambah pengikut”>Buat video perkahwinan sejenis untuk tambah pengikut

Eira Syazira dapat barang kemas tajaan RM15,000 sempena ulang tahun perkahwinan”>Eira Syazira dapat barang kemas tajaan RM15,000 sempena ulang tahun perkahwinan

Sumber: harianmetro

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Buletin

PKPB tidak disambung | Harian Metro

Kuala Lumpur: Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kampung Padang Che Mas, Baling, Kedah akan berakhir esok. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, keputusan ini susulan tiada kes jangkitan baharu Covid-19 dikenal pasti di kawasan itu. "Sehingga 29 Oktober, melalui ujian saringan yang dilaksanakan, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan tiada kes positif Covid-19 baharu direkodkan di kampung ini. "Sehubungan itu, sidang khas hari... Klik untuk baca artikel […]

today30 October 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *