Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Lelaki Ini Berbelanja Tanpa Guna Duit Selama 36 Tahun!

today1 November 2020

Background

Keperluan asas dalam kehidupan mengikut hierarki adalah rumah, makan, udara dan air. Namun untuk dapatkan makan dan tempat tinggal pastinya memerlukan duit.

Apa yang menjadi perhatian kami adalah seorang lelaki dari Jepun berusia 71 tahun mampu meneruskan hidupnya tanpa menggunakan wang tunai sejak 36 tahun lalu.

World of Buzz melaporkan, Kiriya Hiroshi, melakukannya dengan cara membuat pelaburan saham di ratusan syarikat sejak berusia 35 tahun.

Untuk pengetahuan anda, di pasaran saham Jepun, terdapat sistem yang membolehkan pelabur menerima baucar sebagai ganjaran hasil pelaburan dibuat.

Jadi, dia hanya mengumpul baucar yang diperoleh itu untuk membeli pelbagai keperluan seperti beras, minyak, pakaian, kasut atau makan di restoran.

Dompetnya juga tidak diisi dengan wang tunai sebaliknya berisi baucar terkumpul yang diterimanya dan apa yang membuatkan dia lebih berjimat apabila hanya menggunakan basikal untuk bergerak ke sesuatu tempat.

Dalam pada masa juga, Kiriya menyewakan beberapa bilik di rumahnya kepada penyewa bagi menambah pendapatan dan sebagai langkah penjimatan.

Hasil daripada itu, dia berjaya membeli tiga rumah diidamkan dan sehingga kini, nilai sahamnya mencecah 300 juta Yen (kira-kira RM1.2 juta). Semuanya adalah hasil pelaburannya di 900 syarikat yang memberi baucar lumayan setiap tahun.

Jom la kita kumpul baucer, mana tahu kan, kot boleh jadi jutawan!

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Guna Duit Gaji Yang Diterima Beli Makanan Kucing, Pak Guard OKU Ini Raih Simpati Warganet

Status Duit Baki Minyak Petrol Yang Tidak Dituntut

Sumber: harianmetro

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Sukan

Tuah KL ke pusingan kedua

Kuala Lumpur: Kuala Lumpur mampu tersenyum pada perlawanan pertama Piala Malaysia apabila skuad The City Boy mendapat slot 'bye' sekali gus menyaksikan mereka sudah menempah tiket ke pusingan kedua. Keputusan terbabit berikutan Kuala Lumpur diundi bertemu Sabah yang tidak akan terbabit dalam saingan Piala Malaysia susulan tidak mendapat pelepasan keluar dari Majlis Keselamatan Negara (MKN) kerana mereka kini menjalani Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Selain Kuala Lumpur yang... Klik untuk […]

today1 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *