Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Hiburan

Suami Rahsiakan Kepala Botak Sebelum Kahwin, Isteri Buat Laporan Polis…

today3 November 2020

Background

Perselisihan dalam berumah tangga ini memang biasa berlaku. Namun ianya jarang berakhir dengan laporan di balai polis. Di India pula, terdapat satu kes di mana seorang wanita membuat laporan polis terhadap suaminya, tetapi bukan atas sebab jenayah atau keganasan rumah tangga. Sebaliknya, wanita itu berbuat demikian kerana mendakwa ditipu oleh suaminya hanya kerana lelaki itu berkepala botak. Kedengaran lucu tapi ia benar-benar berlaku.

Selepas dua tahun berumah tangga, wanita dari wilayah Maharashtra, India itu memutuskan untuk membuat laporan polis terhadap penipuan suaminya. Wanita berumur 27 tahun itu mendakwa dirinya ditipu dan suaminya tidak jujur apabila menyembunyikan hal sebenar daripada pengetahuannya.

Menurut laporan, sebelum berkahwin wanita itu tidak mengetahui bahawa suaminya itu tidak mempunyai rambut. Suaminya berjaya mengaburi mata dengan mengenakan rambut palsu. Namun, kebenaran terbongkar sehari selepas  berkahwin dengan suaminya iaitu sebaik tiba di rumah keluarga mentua.

Mungkin wanita itu juga kecewa apabila keluarga suaminya menganggap perkara itu adalah hal yang remeh. Wanita yang bekerja sebagai akauntan itu juga tidak dapat menerima hakikat dan menyatakan tidak akan berkahwin dengan suaminya itu jika tahu perkara sebenar. Melalui kes ini, ada baiknya kalau kita berlaku jujur terlebih dahulu sebelum melangsungkan perkahwinan.

Baca juga artikel menarik lain:

Tikam Lidah Dengan Menantu, Ibu Mertua Mati Dibunuh Dan Hampir Dibakar!

Kehebatan Guru Matematik Ini Mampu Mengubah Nasib 30 Pelajarnya

Sumber daripada: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Hiburan

‘Dengarnya Tangan Kena Kelar’ – Rakan Dedah Suspek Sempat Berbalas Chat Mengenai Insiden Samun

Isu & Kontroversi Kes samun dan bunuh remaja perempuan di Kuala Terengganu membawa kepada penahanan seorang suspek yang merupakan rakan sekolah mangsa sendiri. Tangkapan dibuat berdasarkan bukti yang dijumpai di lokasi kejadian serta rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di rumah burung berhampiran kediaman mangsa. Artikel berkaitan: ‘Suspek Merupakan Kawan Sekolah Mangsa, Motif Bunuh Berpunca Dari Salah Faham’ Di media sosial, viral screenshot perbualan dipercayai di antara suspek dan... Klik untuk baca […]

today3 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *