Bapa kepada Siti Nur Surya, Ismail Muda, menyatakan dia masih terkejut dengan penangkapan suspek utama kes pembunuhan anaknya itu. Terdahulu, Surya Ismail ditemui mati pada 1 November dalam keadaan berlumuran darah di ruang tamu rumahnya. Insiden itu juga turut dinyatakan dilihat oleh ibunya yang terlantar di katil akibat menghidapi kanser otak. Selepas kejadian, seorang pelajar tingkatan enam ditahan pihak polis bagi membantu siasatan. Menurut Ismail, pelajar tersebut merupakan bekas rakan sekolah kepada Surya Ismail dan menyatakan mereka berdua pernah berkawan rapat.

Ismail menjelaskan, suspek sering mengunjungi rumahnya tetapi sejak beberapa bulan lepas dia sudah jarang datang. Ismail juga mengataka dia sangat terkejut dan seakan tidak percaya dengan apa yang berlaku.
“Saya harap orang yang menyebabkan kematian Siti Nur Surya akan menerima hukuman yang setimpal,” kata bapa kepada Allahyarhamah Siti Nur Surya, 19 tahun.
Bunuh Kerana Tidak Puas Hati Disindir…
Dalam masa yang sama, Polis tidak menolak kemungkinan perasaan tidak puas hati akibat sering disindir, dipercayai menjadi punca pembunuhan Surya Ismail, di Kampung Lubok Batu, Telemong, di Terengganu.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud, berkata ia susulan dakwaan suspek ketika tampil di Balai Polis Telemong bersama ibunya bagi membantu siasatan kes terbabit kira-kira jam 7.30 pagi semalam.
Beliau berkata, suspek berusia 19 tahun mendakwa bahawa mangsa sering mengejek kehidupan keluarganya yang miskin kerana ibu hanya bekerja sebagai tukang cuci dan bapa pula bekerja kampung, berbanding kehidupan keluarga mangsa yang agak senang. Tambahan lagi, suspek turut mendakwa mangsa suka mengejeknya dengan menyatakan dia tidak begitu cantik, dan kononnya kekurangan itu menjadi punca suspek masih tiada teman lelaki sehingga dia sering memendam perasaan.
Hanya kerana perselisihan faham serta kata mengata pada awalnya!!
Ia kemudian bertukar menjadi pergelutan hingga seorang daripadanya mengambil pisau di ruang tamu dan cederakan mangsa.
Suspek perempuan/rakan sekolah usia 19 kini ditahan selepas beri keterangan kepada polis. pic.twitter.com/IwhE0uJZTz
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) November 2, 2020
Mohd Adli berkata, selain pergelangan tangan Siti Nur Surya terputus, pemeriksaan juga mendapati ada kesan tusukan pada leher mangsa dan beberapa kecederaan lain. Bagaimanapun, polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk mengenal pasti punca sebenar kejadian
Baca juga artikel menarik lain:
Remaja Dibunuh Dengan Kejam Depan Ibu Yang Terlantar Sakit
Tikam Lidah Dengan Menantu, Ibu Mertua Mati Dibunuh Dan Hampir Dibakar!
Sumber berita: Berita Harian
Post comments (0)