Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Lari Rumah Gara-Gara 10 Bulan Dirogol Bapa Kandung

today6 November 2020

Background

Seorang remaja perempuan dirogol bapa kandungnya secara berterusan sejak Februari lalu. Perbuatan bapanya itu menjadikan dirinya tertekan sehingga melarikan diri ke rumah ibunya di Kuala Nerang Kedah.

Perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas mangsa berusia 16 tahun itu menceritakan kejadian itu kepada polis yang menemuinya bersendirian di Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, berdasarkan keterangan mangsa, dia memaklumkan dirogol bapanya berusia 42 tahun di rumah mereka.

“Siasatan awal mendapati mangsa dirogol setiap minggu kecuali ketika mangsa datang bulan tanpa pengetahuan sesiapa dan suspek dikatakan merogol mangsa pada awal pagi ketika semua ahli keluarga sedang tidur,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, hari ini.

Sumber: BH

Tambah Mohamad Farouk lagi, perbuatan itu menyebabkan mangsa berasa takut dan tertekan serta cuba membunuh diri dengan meminum cecair pencuci lantai, Jun lalu, namun tiada laporan polis diterima.

“Mangsa adalah anak tunggal yang masih bersekolah di sekolah menengah di daerah ini. Ibu bapanya sudah bercerai sejak 2004 iaitu sejurus selepas mangsa dilahirkan.

“Sebelum ini, mangsa tinggal bersama ibunya di Kuala Nerang, Kedah. Namun, pada September 2019, bapa kandungnya mendapat hak penjagaan dan membawa mangsa tinggal bersama isteri baru serta empat anak tirinya,” jelasnya.

Beliau berkata, susulan laporan itu, pihaknya telah menahan suspek yang bekerja sebagai pengusaha perkhidmatan cuci pejabat ketika dia berada di rumahnya di di sini, 2 November lalu.

Sumber: cariangoogle

“Semakan mendapati suspek mempunyai rekod satu kes rogol sumbang mahram membabitkan adik iparnya pada 2004, manakala ujian saringan air kencing dilakukan terhadap suspek didapati negatif dadah.

“Suspek direman selama tujuh hari bermula 2 hingga 6 November ini untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 376A Kanun Keseksaan kerana melakukan rogol secara sumbang mahram,” katanya.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Hilang Sifat Manusia! Anak Ditetak Mati Selamatkan Ibu Yang Dirogol

Nafsu Gila! Seorang Lelaki Rogol Mayat Positif COVID-19

 

 

 

 

 

Sumber: harianmetro

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Gaya Hidup

Suntingan Video Selebriti Malaysia Main Permainan ‘Among Us’ Ini Bikin Dekah. Lawak Habis!

Menerusi suntingan video yang dimuat naik itu kelihatan beberapa orang artis terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Nabila Razali, Azwan Ali, Ella, Yuna dan ramai lagi.Selain itu, turut kelihatan adalah sajat iaitu seorang usahawan terkenal di Malaysia yang pernah menimbulkan pelbagai kontroversi sebelum itu.Walaupun Sajat bukanlah berada dalam kategori selebriti, tetapi ternyata kewujudan wataknya dalam video tersebut membuat ramai... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today6 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *