Selepas melalui satu episod kecaman gara-gara memakai baju uniform pramugari MAS ketika hadir ke sebuah majlis sambutan hari jadi, penyanyi dan pelakon Bella Astilah, semalam tampil membuat permohonan maaf di atas tindakannya itu.
Menerusi hantaran yang dibuat di laman Instagram, Bella mengaku dia ada memakai pakaian seragam bertemakan batik yang sering dipakai pramugari MAS ketika majlis sambutan hari lahir Aidil yang berlangsung pada September lalu. Katanya, pada majlis tersebut tema yang dikenakan adalah ‘dream job,’ maka secara spontan dia memilih pakaian seragam berkenaan kerana kerjaya sebagai pramugari sudah menjadi impiannya sejak kecil.
Sehubungan itu, Bella yang juga merupakan isteri kepada penyanyi dan pelakon Aliff Aziz memohon maaf atas tindakannya itu yang mengguris sensitiviti sesetengah pihak termasuk mereka yang bekerja dalam bidang penerbangan.
“Untuk ingatan bersama orang ramai juga supaya lebih berhati-hati agar MAS Uniform tidak disalahgunakan,” ujarnya dalam hantaran berkenaan.
Pihak MAS Jumpa Bella Kongsi Pengetahuan
Selain itu, Bella turut menyatakan bahawa dia merupakan salah seorang pelanggan setia MAS, dan dia sentiasa mengagumi syarikat penerbangan tersebut. Menurutnya, sebagai seorang yang berasal dari Sabah, sejak kecil juga dia menaiki penerbangan MAS untuk perjalanan ulang alik ke Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Bella memaklumkan pihak MAS sendiri datang bertemu dengannya selepas kejadian itu dan menerangkan dengan terperinci akan keistimewaan pakaian seragam tersebut.
“Sejarah menunjukkan bahawa uniform MAS yang digunakan sehingga sekarang adalah asalnya adalah ciptaan Fakulti Art & Design UiTM Shah Alam pada tahun 1983, yang dicetuskan daripada Perdana Menteri kita ketika itu bagi membangunkan syarikat penerbangan domestik.
“Corak yang ada pada uniform juga melambangkan jati diri negara kita, iaitu corak bunga raya,” kongsinya.
Dalam masa yang sama, Bella menyatakan dia bersyukur dapat mengetahui dengan lebih terperinci tentang keistimewaan uniform berkenaan dan berharap perkongsiannya itu turut memberi manfaat kepada orang ramai.
Baca juga artikel menarik lain:
Perkongsian Kisah Hidup Cik B Masa Kecil Bongkar Perangai Sebenar Ayahnya
“Lofa Tak Tahu Masak, Dia Bukan Paling Pembersih” – Bella Bongkar Rahsia Neelofa
Post comments (0)