Suhaimi Saad, suatu ketika dulu pernah menjadi bualan ramai apabila mengeluarkan kenyataan bahawa dia percaya bentuk bumi rata dan bukan bulat walaupun angkasawan negara pertama, Dr Sheikh Muszaphar Shukor mengesahkan bumi ini berbentuk bulat.
Kini difahamkan bekas anggota kumpulan InTeam ini disahkan mengalami sakit mata kronik sehingga perlu memakai tongkat untuk berjalan.
Malah dia tidak menolak keadaannya ini mempunyai kaitan dengan buatan orang.

Bagaimanapun, semalam dia memuat naik sebuah posting yang menerangkan kenapa dia perlu memakai tongkat dalam kehidupan seharianya dengan lebih jelas.
“Bukan sebab buta atau cacat tapi dah lama niat bila masuk umur 40 tahun yang saya akan bertongkat. Mudah-mudahan menjadi peringatan kepada diri saya bahawa bila usia sudah meningkat jadi hari kematian makin dekat,”

Terdahulu dia pernah memberitahu menerusi Live di Instagram tentang kepercayaan terhadap sihir dan kini sedang mendapatkan rawatan secara tradisional bersama beberapa orang ustaz tetapi dia tidak mengulas lanjut kaedah rawatan yang dilakukannya kerana Suhaimi enggan dikecam.
“Biarlah rahsia cara rawatan itu,” katanya ketika menceritakan lebih terperinci sakit mata semakin menjadi kabur, kelabu dan silau hingga membataskan pergerakan hariannya.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
‘Hal Ibadah Tidak Dibuat Bahan Gurauan’ – Tongkat Khutbah Dijadikan Jenaka, Dr Zulkifli Beri Teguran
Ted Patrick – Berjaya Lumpuhkan Kegiatan Ajaran Sesat!
Sumber: cariangoogle , instagramsuhaimisaad
Post comments (0)