Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

#Belanjawan2021, Ini Kenapa JASA Diperuntukkan 85 Juta!

today10 November 2020

Background

Perbentangan Belanjawan 2021 adalah tahun paling besar yang diperuntukkan untuk rakyat, perubatan dan pembangunan iaitu 322.5 bilion ringgit.

Namun, apa yang menjadi isu sekarang ini apabila ada segelintir rakyat mula mempersoalkan mengapa kerajaan memperuntukkan JASA sehingga 80 juta?

Tindakan kerajaan ini membuatkan rakyat di Lahad Datu, Sabah mula turun berdemo ekoran kehidupan rakyat terjejas sepanjang perlaksanaan tempoh  PKPB.

Justeru, pihak Kool FM menghubungi Datuk Dr Madeline Berma Penganalisis Ekonomi untuk membincangkan isu ini bagi menjelaskan kebingungan dalam kalangan rakyat tentang peruntukkan JASA. 

Katanya, sebenarnya isu JASA ini adalah antara perkara yang membuatkan dirinya terkejut dan sebagai seorang Penganalisis Ekonomi, dia sendiri tidak faham mengapa ia diperuntukkan sebanyak itu.

“Bagi saya peruntukkan ini mungkin untuk penambahbaikkan komunikasi kerajaan memandangkan kalau kita lihat individu yang berada dalam jabatan ini semuanya berkaitan dengan ahli politik iaitu menteri tertinggi dan sebagainya.

Tapi saya tetap menyeru kepada mana-mana pihak menteri untuk menjelaskan perincian JASA ini lebih terperinci supaya dapat mengelakkan fitnah dan menjawab persoalan rakyat bagaiamana peruntukkan ini boleh beri faedah kepada rakyat,”

Untuk dengarkan lebih lanjut perbincangan ini, klik saja di sini.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja disini.

Boleh Keluar Sehingga RM6000 Akaun 1 KWSP Untuk Yang Terjejas

Kadar Caruman Minimum KWSP Dikurangkan Kepada 9% Untuk Tempoh 12 Bulan

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] “Itulah Buas Sangat” – Kucing Ini Digigit Cicak Ketika Bermain Buat Ramai Terhibur

Situasi demikian sering berlaku kerana kucing gemar bermain dan dikatakan ingin memberi 'hadiah' kepada tuannya.Disebabkan itu, mereka akan menangkap haiwan yang lain bagi menunjukkan kasih sayang kepada tuannya.Baru-baru ini tular di laman sosial Twitter apabila satu video mengenai seekor kucing sedang bermain bersama cicak. Jika dilihat dalam video tersebut, cicak itu sedang berada di daun-daun... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today10 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *