Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Menangis & Peluk Rakan Minta Bantuan,” – Remaja Maut Disambar Petir Dalam Bilik Semasa Dengar Lagu

today10 November 2020

Background

Sering kali kita mendengar berita kematian disebabkan terkena renjatan elektrik kerana bermain smartphone sambil mengecas semasa cuaca buruk petir sambar-menyambar. Terbaharu, seorang remaja meninggal dunia apabila telefon pintar miliknya disambar petir semasa dia sedang mendengar lagu bersama seorang lagi rakannya.

Image via:https://aceh.tribunnews.com/

Ketua Polis Kutasari, Agus Amjat Purnomo berkata, kejadian itu berlaku di saat kawasan tempat tinggalnya sedang berdepan cuaca hujan lebat disusuli petir. Mangsa yang bernama Hendra Prayoga, 15 tahun, dikatakan meninggal dunia semasa sedang dirawat. 

Menurut rakannya, sebelum kejadian mereka hanya duduk di dalam bilik mangsa sambil memasang lagu di telefon pintarnya untuk menghilangkan bosan. Semasa sedang asyik mendengarkan lagu, secara tiba-tiba mereka terdengar bunyi dentuman petir dan kilat menyambar telefon pintar mangsa.

Sempat Menangis Dan Memeluk Rakannya

Kedua-dua memang dikatakan terkejut sehingga tercampak telefon pintar mangsa. Mangsa kemudian menangis dan memeluk rakannya itu dalam keadaan lemah sambil meminta tolong. Rakannya yang dalam keadaan bingung dan cemas segera menjerit memanggil ibu bapa mangsa.

Image via:https://m.halloriau.com/

Kedua ibu bapa mangsa datang ke tempat kejadian, begitu juga dengan penduduk setempat yang terdengar kekecohan di dalam rumah tersebut. 

Mangsa kemudian di bawa ke klinik komuniti, namun berikutan keadaan yang agak kritikal, mangsa dibawa ke Rumah Sakit Siaga Medika Purbalingga. Semasa pemeriksaan dilakukan ke atasnya, mangsa disahkan sudah meninggal dunia.

Menurut pihak polis, kejadian yang berlaku di Daerah Purbalingga, Jawa Tengah, Indonesia itu menjadi satu peringatan kepada penduduk di sana untuk tidak menggunakan barangan elektronik sewaktu hujan yang disertai petir, walaupun berada di dalam rumah. Tragedi ini juga menjadi peringatan kepada kita supaya lebih berwaspada dalam apa jua keadaan.

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Pernah Dibelai Obama, Kucing ‘Penjaga’ Hagia Sophia Meninggal Dunia Pada Usia 16 Tahun

Tikam Lidah Dengan Menantu, Ibu Mertua Mati Dibunuh Dan Hampir Dibakar!

 

 

 

 

 

Sumber berita: Harian Metro

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Gaya Hidup

[TERKINI] Lagi Gangguan Bekalan Air Di 1,279 Kawasan Selangor & KL Bermula Petang Ini

Gangguan bekalan air tidak berjadual itu melibatkan kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat yang mana bekalan air akan ditutup pada jam 6.00 petang.Dalam pada itu, Air Selangor amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).Bagi senarai penuh kawasan yang terlibat dengan gangguan bekalan air ini, anda... […]

today10 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *