Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Tidak Perlu Imbas QR Kod Jika Hanya Isi Minyak

today10 November 2020

Background

Sekarang pergi ke mana pun kita diwajibkan untuk mengimbas QR kod yang telah disediakan termasuk juga menggunakan aplikasi MySejahtera. Terbaru, ia juga wajib dilakukan ketika mengisi minyak di stesen minyak. Persoalannya, bukankah tidak selamat untuk kita gunakan telefon pintar di stesen minyak?

Sebelum ini ada seorang individu telah menerima saman daripada pihak polis apabila dia gagal mengimbas aplikasi MySejahtera sewaktu isi minyak. Tindakan ini telah dinasihatkan oleh Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, DCP Datuk Mior Faridalathrash Wahid, yang meminta orang ramai untuk mengimbas MySejahtera terlebih dahulu meskipun tidak memasuki kedai serbaneka di stesen berkenaan.

Namun menurut laporan terbaru, Presiden Persatuan Pengusaha-Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM), Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz memberitahu orang ramai hanya perlu mengimbas QR kod yang disediakan sekiranya memasuki kedai serbaneka di stesen minyak.

Petrol RON95 Atau RON97 Manakah Pilihan Anda – Art Of Kei Car

Kami diberitahu orang ramai hanya perlu imbas QR dan mengambil suhu ketika memasuki kedai, tandas dan surau. Selebih daripada itu tidak perlu,” katanya.

Tambahnya, perkara itu juga telah disemak dengan Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC).

Satu lagi perlu diambil kira adalah bahayanya menggunakan telefon berhampiran pam minyak. Atas dasar keselamatan, ia sangat tidak praktikal,” katanya.

Jika difikirkan semula, adalah lebih baik untuk kita tidak menggunakan telefon pintar di kawasan stesen minyak. Bukan hanya perlu jaga jarak 1 meter, tapi keselamatan diri juga perlu diutamakan.

Ingat ya, tidak perlu mengimbas QR kod kalau anda tidak masuk ke kedai tersebut ye. Guna kad je kan senang, hiks!

 

Baca juga:

Bau Najis & Hanyir Sepanjang Masa, Antara Gejala Dialami Pesakit COVID-19

Tular Wabak COVID-23? Ini Reaksi Netizen…

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: The Star

Written by: Adinna


Previous post

ronaldoo

Sukan

Juventus Mahu Jual Cristiano Ronaldo

Kelab gergasi Itali, Juventus dilaporkan mahu menjual bintang sensasi mereka, Cristiano Ronaldo bagi mendapatkan wang tunai sebelum kontrak kapten skuad kebangsaan Portugal itu tamat. Menurut laporan daripada Foxsports, skuad Old Lady terdesak untuk menjual Ronaldo kerana mereka berdepan masalah kewangan yang serius susulan penularan wabak pademik COVID-19. Kontrak pemain itu akan berakhir pada tahun 2022 dan Juventus tidak mahu Ronaldo meninggalkan kelab secara percuma. Justeru itu, mereka... Klik untuk baca […]

today10 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *