Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

“Raya Setahun Sekali, Tak Ada Air Setiap Bulan…” Isu Air Selangor Sekali Lagi

today10 November 2020

Background

Sampai bila isu gangguan bekalan air akan berlanjutan?

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) memaklumkan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3 dan Rantau Panjang terpaksa dihenti tugas berikutan pencemaran bau di Sungai Selangor yang dikesan hari ini.

Sehubungan dengan itu, gangguan bekalan air tidak berjadual akan melibatkan 1,139,008 akaun merangkumi 1,279 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat bermula pukul 6 petang ini.

Pencemaran kali ini memberi kesan yang agak kuat disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) masih dilaksanakan di kawasan terjejas. Rata-rata pengguna Facebook  meluahkan rasa kecewa di ruangan komen akaun Facebook Air Selangor.

Netizen mula merasakan isu gangguan bekalan air ini seperti tiada kesudahan dan mungkin si pelaku tidak berasa takut akan denda atau saman yang bakal dikenakan.

Untuk mereka yang bekerja pula tidak sempat pulang ke rumah untuk tadah air. Ramai juga yang memberi komen meminta Air Selangor untuk kongsi jadual gangguan bekalan air untuk bulan seterusnya. Namun, ada seorang netizen yang memberi komen yang agak menarik apabila dia mengatakan bahawa isu tiada air ini boleh buatkan isi rumah jimat untuk bayar bil air. Mungkin ada benarnya di situ?

Di dalam kenyataan yang dikongsi, Air Selangor menegaskan pihak mereka amat memahami situasi para pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes Covid-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan maklumat gangguan bekalan air akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawangnya www.airselangor.com. 

 

 

Sumber: Facebook Air Selangor

Written by: Adinna


Previous post

Gaya Hidup

[VIDEO] Sibuk Rakam Video TikTok Dengan Nenek, Tiba-Tiba Muncul Pula ‘Entiti’. Alamak!

Antara salah satu teknologi yang sering kita gunakan dalam kehidupan seharian adalah telefon bimbit.Telefon bimbit adalah satu benda keperluan yang perlu anda miliki pada hari ini kerana bukan saja untuk memudahkan anda berhubung malah, semua maklumat dapat kita perolehi darinya.Sudah semestinya merakam dan menyimpan video atau gambar dalam telefon bimbit dapat dijadikan pengubat rindu satu hari nanti.Namun, lain pula dengan video yang tular di laman TikTok baru-baru ini apabila muncul... […]

today10 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *