Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Buletin

Tindakan Bila Ada Ahli Keluarga Perlu Kuarantin

today11 November 2020

Background

Pasti ada di antara pembaca kami mengalami situasi salah seorang ahli keluarga diperintahkan untuk menjalani sesi kuarantin kendiri, atau dalam pemahaman mudah, golongan gelang pink.

Persoalannya, bagaimana nak berhadapan dengan ahli keluarga yang perlu menjalani perintah kuarantin? Adakah perlu meletakkan mereka di luar kawasan rumah sepanjang tempoh dua minggu?

via GIPHY

Perkara ini dijelaskan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Melaka. Jom lihat tindakan apa yang perlu dilakukan jika terdapat ahli keluarga disahkan sebagai pesakit COVID-19 atau Person Under Surveillance (PUS) di rumah.

  1. Kerap bersihkan permukaan yang kerap disentuh di seluruh kawasan penjagaan pesakit.
  2. Tandas perlu sentiasa dibersihkan, berfungsi dengan baik dan selamat.
  3. Peralatan minima yang perlu ada adalah pelitup muka dan pencuci tangan.
  4. PPE mesti dipakai ketika proses pembersihan.
  5. Bilik mandi yang digunakan oleh pesakit COVID-19 dan ahli keluarga yang lain mesti dibersihkan dan dinyahkuman sekurang-kurangnya sekali sehari.
  6. Proses pembersihan boleh menggunakan serbuk pencuci, dibilas dan diikuti dengan disinfektan yang mengandungi 0.1% sodium hipoklorit.
  7. Peralatan makan dan pinggan mangkuk mesti dibersihkan dan dikeringkan pada setiap penggunaan dan tidak boleh dikongsi bersama orang lain.

Sama-sama kita putuskan rantaian COVID-19. Semoga bermanfaat buat semua pembaca Kool FM.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Bau Najis & Hanyir Sepanjang Masa, Antara Gejala Dialami Pesakit COVID-19

Lazio Berdepan Penyingkiran Serta Merta Kerana Menipu Ujian Covid-19

 

 

 

 

 

Sumber: facebook

Written by: Afiqa Sarif


Previous post

Sukan

Jangan terkejut jika Ronaldo sertai City

London: Cristiano Ronaldo mencipta sensasi bersama Juventus sejak menyertai gergasi Serie A itu pada 2018. Legenda Portugal itu menjaringkan 71 gol daripada 94 perlawanan bersama kelab termasuk enam gol dalam lima aksi musim ini. Bagaimanapun, akhbar Sepanyol, Sport mendakwa Juventus mahu 'membebaskan' Ronaldo dan mendapatkan semula £100 juta (RM546.535 juta) yang dibayar kepada Real Madrid selain melepaskan bebanan gaji lumayan pemain itu. Tetapi ke manakah destinasinya selepas... Klik untuk baca […]

today11 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *