Dapatkan Audio+
Imbas untuk muat turun aplikasi

Gaya Hidup

Masalah Perut Buncit? Ikut 5 Langkah Berkesan Untuk Kempiskan Perut

today11 November 2020

Background

Kalau kita tanya mana-mana kawan kita yang tengah berusaha turunkan berat badan, mesti rata-rata akan jawab bahagian perut paling susah nak kempis semula. Abang-abang sado pun ramai juga yang kata nak dapatkan ‘six pack’ bukan main susah sebab memerlukan usaha senaman dan diet yang baik. Tapi bagi anda yang masih belum jumpa cara terbaik untuk kempiskan perut tu, boleh ikut cara ini.

1. Diet

Semestinya mengamalkan diet seimbang penting untuk kesihatan tubuh badan. Ramai yang ambil ringan bab pemakanan seimbang ni. Pemakanan seimbang perlulah mengandungi makanan yang berkhasiat dan tidak mengandungi lemak tinggi yang mampu membantutkan proses mendapatkan tubuh badan yang ideal. Jadi, mula ambil makanan yang rendah kalori dan lemak.

2. Senaman plank

Bagi sesiapa yang pernah buat senaman plank ni mesti tahu betapa penatnya senaman ni. Selain boleh membentuk tubuh badan yang nampak ‘fit’, ia juga boleh membantu kita mendapatkan penafasan yang baik. Senaman plank memerlukan seseorang itu mengawal kekuatan ‘body core’ yang akan memberi tekanan di bahagian perut.

 

Semakin lama dibuat dengan kerap, ia dapat membantu anda mendapatkan perut yang diidamkan. Selain itu, ia juga dapat menstrukturkan semula bahagian tepi perut dan belakang bawah badan dan menguatkan otot sokongan serta mengelakkan anda mudah mendapat kecederaan belakang.

3. Lakukan Senaman Kardio

Senaman kardio seperti larian ini memang terbukti efektif untuk menurunkan berat badan. Selain untuk kesihatan jantung, ia juga dapat menguatkan teras badan. Kalau nak perut kempis, jangan malas untuk keluar berjogging.

 

4. Elakkan Minuman Bergula

Minum air masak lebih baik sebenarnya untuk tubuh badan kita. Selain kesihatan terjaga, berat badan juga tidak sentiasa naik dan perut juga tidak membuncit.

 

Elakkan minum minuman bersoda dan bergula, banyak minum air kosong, sifar kalori dan minum air segelas sebelum makan. Selain itu, minuman tenaga juga tidak digalakkan kerana mengandungi kandungan gula yang tinggi. Gula yang tidak digunakan badan akan menukarkannya menjadi deposit lemak.

5. Senaman Bangun Tubi Yang Pelbagai

Tidak ada cara mudah untuk kempiskan perut yang sudah membuncit. Senaman bangun tubi sememangnya popular untuk perut kerana ia mengfokuskan pada bahagian perut anda. Bagi mereka yang baru berjinak-jinak untuk melakukan senaman ini boleh melakukan secara ringan dan tidak memaksa kerana ia boleh memberi kesan kepada tulang belakang dan tidak boleh dilakukan kepada mereka yang mempunyai masalah tulang belakang. Mulakan senaman bangun tubi pelbagai variasi yang mudah dahulu dengan bilangan yang sedikit. Bila dah biasa, boleh tambahkan set dan bilangan secara berkala.

 

Lakukan 5 perkara ini secara konsisten dan lihat hasilnya. Kalau anda berjaya lakukannya dan dapat kempiskan perut, mungkin anda boleh kongsikan tips ini kepada rakan-rakan yang lain. Sama-sama kita hapuskan masalah perut buncit.

 

 

 

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Ketiak Gatal Dan Sakit Lepas Pakai Deodoran? Ini Bahan Kimia Yang Anda Perlu Ambil Tahu!

Jaga Makan Semasa Tubuh Badan Sihat. Ikut Nasihat Pakar Cara Elak Makan Berlebihan

 

 

 

 

Written by: Hamka Rosli


Previous post

Buletin

Kerajaan terima 3 tuntutan sivil penamatan kontrak KVDT2

Kuala Lumpur: Kerajaan berdepan tiga tuntutan sivil berikutan penamatan kontrak Landasan Berkembar Lembah Klang atau Klang Valley Double Track Project (KVDT2). Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Takiyuddin Hasan berkata, tuntutan itu adalah semakan kehakiman, writ saman 'breach of contract' daripada pihak syarikat dan permohonan injuksi yang diambil kerajaan. "Berhubung soalan dikemukakan (Ahli Parlimen) Seremban (Loke Siew Fook) ulasan Peguam Negara... Klik untuk baca artikel penuh. Sumber:

today11 November 2020

Post comments (0)

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *