Semalam tak buat persediaan? Jangan panik, kita rilek..
Maka bermulalah gangguan bekalan air tidak berjadual yang merangkumi 1,279 kawasan di Wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang, Shah Alam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Langat. Ada yang tak mandi ke hari ini? Opss..!
Untuk yang sudah menjangka situasi ini akan berulang dengan kerap, sudah pasti mereka sediakan payung sebelum hujan. Namun, bagi mereka yang tidak sempat dan tidak cukup tenaga tadah air untuk isi rumah, sudah pasti isu gangguan bekalan air ini berat untuk mereka jalani aktiviti harian dengan tenang. Iyalah, mana nak masak, mana nak mandi, anak pula sibuk main air tadahan..
Jangan risau mak-mak, kami akan bantu anda! Di sini ada lima tip untuk menggunakan air dengan bijak yang boleh menyelamatkan anda sepanjang tempoh gangguan ini. Dah nama pun gangguan bekalan air tidak berjadual, jadi kita berjimatlah selagi boleh..
TADAH AIR HUJAN

Sebelum ini kalau hujan sahaja ramai yang mengeluh disebabkan aktiviti terhad. Memandangkan sekarang kerap hujan, apa kata kita mula menadah air hujan sebagai penyelamat pada saat-saat genting. Bila tengok cuaca mula mendung, anda boleh mula sediakan bekas tadahan di luar rumah. Pastikan bekas tadahan yang digunakan sudah dibersihkan terlebih dahulu ya!
KITAR SEMULA AIR MANDIAN
Iya, betul apa yang anda baca. Walaupun bunyinya agak kelakar, tapi kita boleh guna semula air mandian dengan cara mandi di dalam bekas tadahan. Air sisa mandian daripada bekas tadahan itu boleh digunakan semula untuk siram lantai kucing kencing depan rumah, cuci karpet sebab anak muntah atau sebagainya. Selain itu, kita juga boleh menjimatkan air dengan hanya mandi sekali sehari sahaja atau menggunakannya ketika perlu sahaja.
KUMPUL BAJU KOTOR
Ketika gangguan bekalan air, kita perlu elakkan terlalu kerap menukar baju dalam sehari dan seboleh-bolehnya tangguh dahulu aktiviti mencuci pakaian sehingga bekalan air kembali pulih. Lagi pun, kita kan tengah PKPB jadi duduk rumah pakai satu baju je sudah cukup. Untuk mak-mak, inilah masanya untuk berehat seketika daripada melakukan kerja-kerja rumah betul tak?
JIMAT PINGGAN MANGKUK

Mak-mak akan sakit mata bila tengok pinggan mangkuk menimbun di sinki, namun adalah lebih baik jika kita kumpul pinggan mangkuk yang telah digunakan dan basuh sekali sahaja. Dengan cara ini, air dapat dijimatkan jika kita membasuh semua pinggan mangkuk menggunakan dua besen untuk mencuci dan membilas. Selain itu, lebih mudah jika pakai pelapik plastik di atas pinggan setiap kali makan untuk jimatkan penggunaan air.
Semoga tips ini dapat membantu korang yang sedang ‘berperang’ dengan isu air..
Baca juga:
“Raya Setahun Sekali, Tak Ada Air Setiap Bulan..” Isu Air Selangor Sekali Lagi
Harap gangguan bekalan air tidak berlaku lama
Sumber: FreeMalaysiaToday
Post comments (0)